Wednesday, December 31
Persekolahan Sesi 2009
Tahun 2009, saya jadi guru kelas 5ST2. Saya tak kenal sangat dengan mereka. Tahun lepas saya tak ajar mereka ni. Tapi saya yakin, bila tingkatan 5 mereka dah tak main-main lagi. Begitu juga dengan 5SG, harap mereka tekun untuk SPM. Bagi 5ST2 dan 5SG, saya ajar mereka subjek Chemistry. Azam saya, nak habiskan silibus secepat mungkin. Lepas tu boleh bincang soalan tahun-tahun lepas.
Saya masih mengajar sains di kelas hard-co Clifford. Tak tahu la macam mana nak pastikan mereka lulus. Mungkin saya kena bagi soalan-jawapan soalan tahun2 lepas yang sama berulang ulang sampat mereka terhafal. Mereka adalah kelas 5SK2.
Yang lain, saya ajar subjek sains 2C3 dan 2C4 . Saya harap dapat ajar 2C2, tapi tak kesampaian. Rasanya saya akan rindukan pelajar 2c2 sebab merekalah kumpulan pelajar pertama saya. Lagipun tahun lepas saya guru kelas mereka.
Selamat kembali mengajar!
Air Mata Palestin
Pada pendapat saya, hanya dengan penyatuan Hamas dan Syiah dapat menentang Yahudi. Selagi mereka bertelagah, selagi itu usaha bumi Palestin tak akan aman. Begitu juga umat islam di seluruh dunia. Allah adalah tuhan yang satu, tak perlulah bergaduh antara syiah dan sunnah.
Buat muslimin dan muslimat di Malaysia, janganlah bercakaran akibat perbezaan politik. Silap langkah kita akan tertindas. Sekarang ini, ekonomi dan politik bukan milik kita. Yang tinggal hanyalah sejarah.
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah.
Sunday, December 21
Birthday Quote
Friday, December 12
Tanah Berombak di Bukit Antarabangsa
Selepas saya dan bapak pulang dari melihat kawasan runtuhan, kami ke satu-satunya kedai runcit yang ada di kondo kami. Warga kondo, menyerbu kedai runcit itu, membeli makanan seadaanya walaupun terpaksa membeli dalam kedai yang gelap dan panas serta beratur panjang untuk bayar.
Abang ipar dan adiknya pergi ke kawasan runtuhan selepas kami pulang. Semasa mereka di sana, menteri besar telah sampai dengan menaiki helikopter. Arahan untuk penduduk berpindah dalam masa 24 jam dikeluarkan. Tentera telah membuat satu laluan keluar, yang menyeberangi sungai dan merentasi hutan. Bagaimanapun, akibat daripada tanah runtuh, air sungai tidak dapat menggalir. Selang beberapa jam, laluan itu dikatakan tak selamat sebab titi yang menyeberangi sungai sudah pun tenggelam.
Jam 12.00 tengah hari, kami sekeluarga keluar dari bukit antarabangsa menggunakan laluan alternatif. Kami mendaki bukit yang curam, kira-kira 15-20 minit. Syukurlah walaupun laluan itu curam, tapi sudah tersedia tangga. Kami antara yang terawal menggunakan laluan itu, jadi tanah masih belum licin. Sebaik sahaja kami selesai mendaki bukit dan sampai ke kawasan selamat, hujan pun turun....
Semasa kami tempat pengumpulan penduduk, masih belum ada tempat tinggal sementara di SK Ulu Klang. Kebanyakkan kami, tertanya-tanya dimanakah kami berada. Saya banyangkan, untuk keluar dari bukit antarabangsa, kami harus menuruni bukit, tapi rupanya kami mendaki bukit...
Daripada tempat pengumpulan penduduk, kami ke rumah abang di Setiawangsa. Hari Ahad barulah kami pulang ke Kuala Kangsar. Hari Raya Haji seperti tidak dirasai. Pertama dalam sejarah hidup, kami tidak masak lemang, ketupat mahupun rendang. Sarapan hari raya kami hanyalah roti dan sardin.
Keletihan, kami tak pun beraya di rumah saudara mara. sekadar istirehat di rumah. Tapi mak dan bapak pergi ke surau untuk korban lembu. Di rumah kami, semasa raya pertama hanya ada puding sagu. Itupun, dibuat setelah solat aidiladha. Sagu dan susu cair pun dibeli selepas pulang dari masjid.
Kesian baby Balqis. Belum pun 5 bulan, tapi dah kena jungle tracking.
Friday, November 28
PTK Diteruskan
Nampaknya, lagi empat tahun, saya pun akan ambil peperiksaan PTK.
Bagi saya, PTK ni bagus, sebab ia merupakan express way untuk pegawai kerajaan yang junior seperti saya ni untuk naik pangkat.
Tapi kesian juga pada senior yang masih tak lulus PTK walaupun telah menggulang beberapa kali.
Dan tak adil bagi PTD, sebab mereka tak perlu ambil PTK.
Thursday, November 27
Selamat Pagi Cinta: Komen
Ceritanya tentang dua pasangan yang sedang bercinta.
Pasangan pertama,Pieare Andre dan Fazura. Walaupun mereka baru bertemu dua kali, tapi mereka menggambil keputusan untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Pieare Andre sakit, kemudian mati.
Pasangan kedua, Sharifah Amani dan Que Haidar. Mereka rakan sekolej. Tetapi Amani dijodohkan dengan jejaka pilihan keluarganya. Que pula, terpaksa berhenti belajar untuk menyara keluarganya.
Pada pendapat saya, plot filem ini tiada klimaks, yang ada hanya konflik2 kecil. Ia hanya menunjukkan bagaimana cinta berputik dan kemudiannya layu.
Watak Fazura, dari pertengahan cerita hingga akhir, asyik tidur, tidur dan tidur....
Amani pula, dengan imej betemakan ungu.
Filem ini, saya bagi 3 bintang daripada 5 bintang.
Tuesday, November 25
Online Education
http://www.banksoalanspm.com
This web provide questions paper and its answer skema since 2007 from selected state. But, i wonder who is the webmaster for this web. This website motto is 'To make online education free'. However, to make it free they are attempt donation from the visitor, via online banking or SMS.
http://sekolah.edu.my
This web provide infomation about Malaysian school, such as school's category and its location. It has interactive map of school in Malaysia, which i'm sure that you want to try it.
Monday, November 24
Break-up Letter
1 "The great love that I have for you
2 is gone, and I find my dislike for you
3 grows every day. When I see you,
4 I do not even like your face;
5 the one thing that I want to do is to
6 look at other girls. I never wanted to
7 marry you. Our last conversation
8 was very boring and has not
9 made me look forward to seeing you again.
10 You think only of yourself
11 If we were married, I know that I would find
12 life very difficult, and I would have no
13 pleasure in living with you. I have a heart
14 to give, but it is not something that
15 I want to give to you. No one is more
16 foolish and selfish than you, and you are not
17 able to care for me and help
18 I sincerely want you to understand that
19 I speak the truth. You will do me a favor
20 if you think this the end. Do not try
21 to answer this. Your letters are full of
22 things that do not interest me. You have no
23 true love for me. Good-bye! Believe me,
24 I do not care for you. Please do not think that
25 I am still your boyfriend."
So bad.However, the boy told the girl before to "READ BETWEEN THE LINES", meaning only to read 1.3.5.7.9.11.13.. So,Please read it again!
it's so smart n sweet...
From virtualfriends.net
Thursday, November 20
Friendster Make Over
Teringat akan pesan dia, hari ni saya adalah mengemas kini friendster, sambil melihat profil-profil kawan2 sekolah, matik dan USM.
ermm.. i miss them and all the precious moments we had together.
Wednesday, November 19
Siapa Guru???
Wish, which, witch : Celcom Dejavu
Just now, i surf celcom website, search info for thier broadband service. I find out that they have two packages, simple broadband and advance broadband. For the simple package, the rate is 68 ringgit/month with speeds up to 384kb. If u add 30 ringgit, u will get advance package, 98 ringgit/month with speeds up to 3.6Mb....which is twice better than the simple package.
So wat make me crazy???
Wat is the rate for streamix????
Wat is the differ between Celcom 3G and Celcom Broadband?
Wat is HSDPA?
and last,
Why it is so hard for me to choooo0ose a wireless provider. I still using Ninja turtle (dial-up).
Here, at my home, there is no streamix coverage....so sad! i feel like staying deep in the rural area even my home is just 3 minutes from town.
Tuesday, November 18
Redox Reactions and Equations
Pagi ni, saya cuba menggunakan short cut 'Send to' yang terdapat di google toolbars. Senang. Tak perlu buat hyperlink sendiri.
Monday, November 17
E-chemistry
Sunday, November 16
Nasib PPSMI
Semasa belajar di ‘U’ selain subjek bahasa Inggeris, subjek yang sepenuhnya saya belajar dalam bahasa Inggeris ialah Chemistry/Biology/Physic Teaching Methods, School Administration, Philosophy and History of Science dan Colloid and Surface Chemistry. Enam subjek sahaja. Sekiranya PPSMI dilaksanakan bagi membaiki penguasan subjek sains, saya tidak bersetuju. Pertembungan dua bahasa menyebabkan lebih banyak kekeliruan. Jika PPSMI meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tidak juga. Tapi PPSMI dapat meningkatkan pembacaan buku berbahasa Inggeris sebab nota kuliah dan buku rujukan dalam BI.
Saya pernah terfikir, sekiranya pelajar mendapat gred A dalam subjek Sains, itu kerana mereka menguasai subjek tersebut. Kecemerlangan dalam subjek sains tidak bermakna pelajar itu cemerlang dalam bahasa Inggeris. Jadi apa relevennya sains dalam bahasa Inggeris? Setakat mana terbuktinya P&P sains dalam BI dapat meningkatkan penguasaan BI. Jika kayu ukurnya ialah keputusan UPSR 2008, saya tarik nafas panjang….
Pada pendapat saya, bahasa merupakan medium komunikasi. Sekiranya seseorang gagal menguasai bahasa, komunikasinya akan terencat. Oleh itu, jika pelajar mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, hal ini bermakna mereka dapat menguasai bahasa Inggeris. Jika ingin melahirkan generasi yang menguasai bahasa inggeris, kita harus memastikan pelajar dapat berkomunikasi dalam bahaa Inggeris, samada lisan ataupun bertulis. Mereka harus mampu bercakap, mendengar, menulis dan membaca dalam BI. Lebih banyak hands-on dalam sukatan BI. Tak perlu merampas hak bahasa kebangsaan dalam subjek lain.
Z
A
M
R
U
Dah tak sabar tunggu keputusan persidangan PPSMI
Wanita
Siti Nurhaliza - Wanita
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati Belahan jiwaku ini..
(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati Belahan jiwaku ini..
Hari ini terasa masa berlalu dengan amat perlahan. Daripada baca buku cerita Thank You for The Memories by Cecellia Ahern, menonton tv bersilih siaran, tengok video Hero s2, blogging, makan dan tidur, baru pukul 5 petang. Selepas ini, mungkin nak meronda ke pekan sekejap, menghabiskan masa petang. Tadi, terlintas di hati, nak meninjau subjek kimia tingkatan 5. Tapi saya tak ada buku kimia di rumah. Nampaknya saya kena cari buku kimia. Subjek lain saya tak kisah, sebab senang tapi untuk kimia, rasanya kena buat persediaan sikit. Saya langsung tak tahu sukatan pelajaran tingkatan lima.
Friday, November 14
Selamat Bercuti
Harap cuti ni dapat pergi berjalan. Tak duduk di rumah sahaja....time to take a break andddd enjoy!
Selamat Bercuti!!!!!!Yahooo....
Thursday, November 13
Terakhir 2008
Jumaat, 14 November. Hari terahkir sekolah. Seronoknya. Tapi banyak lagi kerja tak siap. Dalam senarai semak serahan tugas, semua kerja saya belum disiapkan. Kunci belum diserahkan, register belum ditutup, kad 001 belum siap, record book belum hantar...dll. Tak tahulah bila nak siapkan kerja-kerja ni sebab saya pergi jaga SPM, bukannya di sekolah pun.
Di atas ni, gambar pelajar 4SK2. Nak tangkap gambar pelajar kelas ni, tapi semuanya jual mahal. Jadilah dapat gambar seorang untuk dijadikan kenangan. Itupun tak nampak muka.
Yang ni pula, gambar pelajar 1C2, ter'over' acting la pulak. Sampai bertolakkan sebab nak bergambar. Nampak sangat masih kekanak-kanakkan lagi.
Peperiksaan Lagi!
Peperiksaan SPM 2008, saya jadi pengawas peperiksaan di SM Teknik Kuala Kangsar. No pusat, kalau tak salah, 817. Di sini ada 193 calon SPM daripada aliran vokasional, geng otai! Pengawas ada 8 orang, 3 lelaki dan 5 jelitawan. Tempat periksa adalah di Dewan Teknokrat.
Jujurnya, jadi pengawas SPM sangatlah membosankan. Satu kertas sampai 2 - 3 jam. Bila berada dalam dewan terasa lima minit macam satu jam...
Sebelum jaga SPM, di sekolah pun periksa akhir tahun. Menyiapkan soalan dan menyemak kertas jawapan pelajar, amat memenatkan...dua tiga minggu saya stay up untuk buat soalan dan semak jawapan. Leganya bila peperiksa akhir tahun dah pun habis...
Ini gambar pelajar 1C3, semasa Peperiksaan Selaras 2, bukannya semasa Peperiksaan Akhir Tahun. Tapi inilah suasana biasa bila jaga periksa kelas ni, pelajar tidur...
Monday, November 10
Cermin Mata Mawi
Check how long you need to do this puzzle.
Can you find the B (there are 2 B's)
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Once you've found the B Find the 1
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII1III IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Once you found the 1... Find the 6
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999699999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
Once you've found the 6... . Find the N
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMNMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
Once you've found the N... Find the Q...
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOQOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Z
A
M
R
U
Dah lama tak buat ujian mata, tapi rasanya makin rabun.
Friday, October 31
Tahun Pertama Sebagai Guru
Macam-macam kerenah pelajar saya hadapai, pelbagai tugas diberi. Saya telah cuba yang terbaik, tapi kalau ada yang kurang, maaf-maafkanlah. I’m not perfectionist, but I’m not a looser. Saya tidak akan katakan tidak, beri la tugas apa-apapun, saya boleh lakukannya, tapi saya tak janjikan yang terbaik. Ada kerja yang saya tak minat tapi saya tak menolak.
Contohnya jadi penyelaras bilik mesyuarat. Sebenarnya saya takut sangat nak masuk untuk buka lampu , air-cond dan PA system bilik tu. Seram, banyak gambar orang yang dah mati dalam bilik tu (bekas pengetua dan bekas pelajar cemerlang). Saya serik bila saya masuk bilik tu seorang diri, tiba tiba black out 4-5 saat. Nak kata sebab over voltage ataupun litar pintas, air cond dan PA system belum switch on lagi…teringat-ingat cerita hantu Clifford yang diceritakan oleh pelajar. Ditambahkan dengan PA system bilik mesyuarat yang saya tak pandai-pandai guna. Rasanya saya buka dengan cara yang betul tapi, selalu je mic tak berbunyi. Yang paling best, amplifier, kejap elok, kejap tak. Kononnya rosak (cikgu penyelaras PA system la yg cakap), hingga saya terasa macam saya yang buat rosak, tapi kemudian, tetiba je elok, tanpa direpair. Buku pengunaan bilik mesyuarat pula, asalkan ada aktiviti di bilik mesyuarat saya bagitau la penyelaras aktiviti untuk tulis dalam buku tu, tapi tak ada siapapun yang nak buat. Kalau boleh tahun depan, saya tak nak jadi penyelaras bilik mesyuarat. Bilik tu seram. Lagipun saya takut nanti tiba-tiba PA system rosak dan saya dipersalahkan. Tapi boleh ke saya menolak? Saya takut nanti orang kata saya mengada-gada.Baru setahun mengajar dah banyak kerenah.
Tapi overall mengajar di Clifford ni best. So for, saya tak la rasa dibuli seperti yang berlaku terhadap beberapa rakan saya. Pentadbiran sistematik walaupun saya keliru dengan satu dua perkara (yg sangat sensitive…ooopps) Dan yang paling saya bersyukur sebab saya dapat mengajar subjek major saya, kimia. Bukan semua kawan saya yang diberi peluang untuk menggajar subjek major, kalau dapat ajar sains dan matematik pun dah dikira bertuah.
Mengenai pelantikkan pula, saya sudah dilantik sekitar bulan ogos hari tu. Sekarang ni menunggu induksi dan BTN. Rakan-rakan saya dari Johor dan KL dah selesai induksi, tapi saya tak tahu bila pula induksi untuk negeri Perak. Lepas Induksi dan BTN, harapnya boss dapatla beri pengesahan secepat mungkin!
Setahun saya jadi cikgu, maknanya setahun sudah usia blog ini. Dalam masa setahun, saya terima lebih kurang 10 000 orang pelawat. Kira OK lah untuk blog berbahasa melayu. Lagipun saya tak berusaha menarik lebih ramai pelawat…(ada cara2 untuk tarik ramai pelawat dan buat blog glamer)
Z
A
M
R
U
Dulu, kini dan selamanya...
Tuesday, October 28
Are You a Problem Solver???
a- seseorang yang mencari punca sesuatu masalah
b- seseorang yang mencari punca sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya
c- seseorang yang menyelesaikan masalah
d- seseorang yang menjadi punca masalah
e- seseorang yang mencari punca, cara mengatasi dan menyelesaikan masalah
Pada pendapat saya, terlalu ramai yang mampu mencari punca sesuatu masalah tapi hanya ada satu dalam seribu yang mampu untuk mencari jalan penyelesaian dan menyelesaikannya....
ramai yang hanya pandai menunding jari, seakan-akan mereka tak mampu menyelesaikan masalah itu. Sebab itu la disiplin pelajar makin teruk. Bila timbul kes pelajar 'buli' cikgu...riuh satu kampung. Cadangan kiri kanan, untuk membaiki disiplin di sekolah, tapi ada juga yang ambil kesempatan membalun guru kerana kelemahan mereka.
Z
A
M
R
U
Dah ada facebook...jangan malu,jangan segan. Add la saya dalam facebook anda.
Sunday, October 26
Cuti-cuti Malaysia
Kepada semua pelawat, selamat bercuti. Enjoy and peace!
Z
A
M
R
U
Dari KK ke KL
Saturday, October 25
Tentang 4 Perkara
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Z
A
M
R
U
Dari friendster ke blogspot.
Thursday, October 23
Membina Displin Kelas
Setelah beberapa bulan, saya sedar saya tak boleh terus begini. Pelajar tidak akan cemerlang. Malah, telah wujud beberapa pelajar yang menjadi pengganggu. Mereka tidak buat kerja yang diberikan, bahkan mengganggu pelajar lain. Walaupun saya membincangkan latihan yang diberikan, mereka masih tidak faham, malah tidak menyalin jawapan. Dengan kata lain, displin makin merosot dan saya rasa teruk.
Penyelesaiannya, saya tidak lagi memberi nota dalam kelas. Tapi, saya beri kerja rumah yang sangat mudah. Saya beri lima soalan yang mudah, pada peringkat pengetahuan Taksonomi Bloom. Sekadar ingin ‘memaksa’ pelajar kerja rumah. Saya juga tidak terkejar untuk menyiapkan aktiviti yang terdapat dalam buku latihan. Tapi saya masih lagi memberi latihan dalam kelas, cuma tidak banyak lagi.
Keadaan ini membina sausana menang-menang. Pelajar tidak bosan menyiapkan kerja dalam kelas dan saya pula tidak penat menggawal kelas. Pelajar juga mempunyai masa untuk ulangkaji sendiri dalam kelas. Saya boleh menyemak kerja pelajar yang siap awal dalam kelas dan selebihnya sahaja disemak selepas kelas. Sekarang ini, saya lihat displin makin pulih, mungkin ini merupakan salah satu faktornya.
Kesimpulan saya, kadang-kadang kita kena pertimbangkan juga kehendak pelajar. Walaupun masa tidak digunakan secara maksimum, tapi yang penting objektif tercapai dengan sepenuhnya. Pelajar, walaupun masih kurang matang, mereka merupakan klien kita. Tanpa pelajar, tiada guru.
Z
A
M
R
U
Dairi seorang anak, gadis & guru
Monday, October 20
Penulisan Blog
Apabila saya menulis blog, saya ingin menulis sebaik mereka, menggunakan bahasa yang betul, teknik penulisan yang pelbagai dan disaduri dengan estetika sastera. Tapi, keterbatasan ilmu, pengalaman, masa dan kesabaran menyebabkan semakin hari blog saya semakin merupai tapak pengumpulan sampah. Saya mencampakkan ilmu, emosi dan pengalaman saya seperti sepihan kaca yang tak berharga. Sepatutnya, blog ini menjadi prasasti ilmu, menyinari ilmu buat rakan rakan blogger yang melawati blog ini. Kini saya sedar, menulis bukan semudah membuat karangan semasa SPM dan bukan mudah untuk membuatkan pembaca membaca rencana yang ditulis.
Awalnya saya menapak dalam dunia blog kerana bosan membaca akhar. Setiap hari, dada akhar hanya melaporkan tentang peralihan kuasa politik, kenaikan harga barang dan kekejaman rejim zionis. Blog menjadi alternatif bagi saya mendapatkan khabar dari luar halaman rumah. Semakin asyik saya membelik blog orang lain, semakin saya ingin membuat blog sendiri. Saya menggunakan kaedah cuba jaya sehinggalah blog ini didirikan.
Saya tiada tema khas untuk blog ini tapi saya tekankan cacatan harian saya sebagai seorang guru. Secara jujur, saya tidak menghebahkan blog ini kepada rakan-rakan saya. Malah, mak, bapak dan adik beradik saya sendiri pun tidak mengetahui saya asyik menulis rencana untuk blog saya. Tapi saya pernah memberitahu beberapa orang, yang saya rasa saya perlu beritahu agar tiada salah faham, antaranya ialah pengetua dan penolong kanan sekolah saya mengajar. Sejujurnya, saya tidak kisah jika tiada pelawat ataupun pembaca yang membaca blog saya. Saya cuma mahu syok sendiri apabila menulis blog.
Kini menulis blog, merupakan salah satu daripada tekad saya. Apabila menulis, barulah saya terasa kurangnya ilmu yang saya miliki. Ia membuatkan saya terus ketagihkan ilmu. Sekarang ini, saya tagihkan ilmu perguruan. Walaupun guru bukanlah profesian yang saya gemari, bahkan berharap dapat bertukar kepada kerjaya lain, tapi selagi saya masih ke sekolah, masih lagi menulis buku ringkasan mengajar, masih lagi mendidik dan masih lagi di bayar gaji sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, saya cenderung untuk meningkatkan kualiti perguruan saya, seterusnya menjadi guru cemerlang.
Z
A
M
R
U
Dari hati seorang anak, gadis dan guru.
Wednesday, October 15
Etika Pergaulan
Di sini saya sekadar nak menyatakan, hidup ini ada etika. Pergaulan pun ada etika. Panggillah seseorang dengan namanya, atau dengan gelaran yang baik. Anda pasti tak suka dipanggil dengan nama bapa anda. Walaupun saya setahun jagung, hormatilah perasaan saya. Saya harap semua maklum. Saya sekadar ingin meluahkan satu lagi rahsia yang terbuku di hati saya.
Z
A
M
R
U
Dari hati seorang anak, gadis dan guru.
Tuesday, October 14
Puasa Enam
Cumanya, bila dah banyak sangat makanan di bilik guru, tergoda juga saya nak puasa enam. Tengok orang lain makan sedap, alahai...sabar je la. Pujuk diri, kalau tak makan pun tak pe, bukannya boleh pengsan. Tapi....memang kuatlah godaan.
Rumah Terbuka
p/s
Peperiksaan PMR bermula semalam. Saya sedih sangat tengok pelajar-pelajar ni, selang antara kertas peperiksaan BM dan Pendidikan Islam, antara pukul 12 tgh hari hingga pukul 2 petang, calon PMR berkeliaran di sekolah. Bukannya nak buat ulangkaji. Ada yang kena tangkap merokok dalam sekolah. Apalah nak jadi dengan orang Melayu ni. Hidup dalam dunia sendiri je.
Wednesday, October 8
Gadjet Baru
Sibuk tambah gadjet, tak sedar dah hampir pukul 5.30 pagi. Cadang bangun awal sebab nak siapkan soalan peperiksaan akhir tahun, tapi melencong pula. Bagi Peperiksaan Akhir Tahun, saya kena buat soalan Math kertas 1 Tingkatan 1, Kimia kertas 3 Tingkatan 4 dan Sains Kertas 1 Tingkatan 4.
Tuesday, October 7
Sesuci Lebaran, Seindah Syawal
Meneruskan tradisi Aidilfitri keluarga, setelah mandi dan solat subuh kami akan sarapansebelum ke masjid.Sarapan kami adalah juadah hari raya, seperti lemang, rendang ayam,rendang daging, rendang pelampung dan juga kuah kacang. Jiran sebelah rumah menghantarjuadah raya mereka kepada kami semasa sarapan. Tahun ini, kami ke Masjid Sultan Abdul Jaliluntuk solat Aidilfitri. Tok imam, berkali-kali mengingatkan hamba Allah yang belum membayarzakat fitrah untuk menunaikannya sebelum bersolat. Pulang dari masjid, kami bergambar sekeluarga. Kemudian kami bersiap untuk beraya. Tahun ini, kami hanya beraya di rumah Pak long dan Mak nyah.Bilangan rumah untuk kami beraya berkurangan kerana terdapat saudara yang telah meninggaldunia. Tradisi keluarga kami,kami tak akan pergi memziarahi kubur pada hari raya.
2 Syawal
Semuanya seperti biasa pada awalnya. Saudara mara dan rakan handai bapa datang beraya ke rumahkami.Tapi, menghampiri tengah hari, terdapat sebuah keluarga datang beraya dengan tujuanmelihat saya. Mereka ingin mengirakan saya dengan anak mereka. Saya berdebar juga semasakunjungan mereka, kerana ini kali pertama saya menghadapi situasi begini. Sampai hari ini,tiada berita daripada mereka. Jauh menyelami dasar hati, saya ingin mengenali anak mereka,saya ingin membuka lembaran baru dalam hidup saya.
3 Syawal
Rumah kami kosong hari ini. Abang-abang dan kakak saya pulang ke rumah mertua. Saya bercadang untukberaya di rumah kawan-kawan pada hari ini tapi dibatalkan kerana hujan lebat.Sepanjang hari,duduk di rumah dan menggemas pinggan mangkuk. Cuma, pada sebelah petang saya keluar berayake rumah kawan yang paling dekat dengan rumah saya. Sebenarnya saya rasa rugi sangat tinggal di rumah seorang diri pada hari raya.
4 Syawal
Hari ini saya beraya sakan, bersama dua orang rakan, seorang rakan sekelas sekolah rendah dan seorang lagirakan sekelas sekolah menengah/matrikurasi. Kami berkunjung ke enam buah rumah, bermula dari jam 11 pagi hinggalah jam 6 petang. Kali terakhir saya beraya bersama kawan selepas SPM.Tahun seterusnya, saya tiada mood nak beraya, lebih suka istirehat dirumah sebelum pulangke universiti.
5 Syawal
Hari ini Ahad, hari terakhir cuti raya. Saya lebih senang di rumah, menonton tv,bersilih saluran dan rancangan raya. Cuma sebelah malam saya beraya di rumah jiransebelah. Sedari, hingga hari ini, tiada seorang pun pelajar Clifford yang beraya ke rumah saya. Tentunya mereka tak tahu di mana rumah saya.
6 Syawal
Kembali ke sekolah. Sebelum hari raya, saya telah beri kerja rumah pada pelajar kelasKimia. Tapi mereka tak buat. Ulangkaji pun tak buat. Saya bagitahu mereka, tuhan tahu,samada mereka belajar atau tidak. Kalau keputusan periksa teruk jangan salahkan sayasebab mereka yang tak nak berusaha.
Friday, September 26
Menjelang Aidilfitri
Masuk bilik guru, secepat mungkin saya tutup register. Hari ini hari terakhir bulan September. Tapi fokus untuk tutup register diganggu kehadiran pelajar yang datang memberi kad hari raya. Saya tak sangka, masih ada pelajar yang akan memberi kad raya dizaman sms dan email raya. Saya dapat 5 kad raya daripada pelajar 1c2. Terima kasih banyak-banyak!
Semasa masa terakhir, saya dikelas 1c6, P&P tak berlangsung dengan sepatutnya. Dengan kehadiran pelajar kurang daripada separuh, saya sekadar bersembang dengan pelajar. Mereka tak habis-habis meminta duit raya. Pelajar kelas lain pun banyak yang menyebuk masuk kelas untuk meminta duit raya. Malas saya nak layan!
Thursday, September 25
Personaliti Berdasarkan Nama
A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
sumber: http://koleksicinta.blogspot.com/2008/09/rahsia-personalti-huruf-pangkal-nama.html
Personaliti melalui tulisan
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu
Pertama : Tekanan.
Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas dibahagian belakang kertas.� Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.� Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat� Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp� Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
Condong ke kanan� Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah Condong ke kiri� Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
Tegak� Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawansebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
Campur-campur� Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
Jarang-jarang� Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
Rapat-rapat� Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z Ada ekora
Besar, panjang dan sempurna� Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
Kecil, pendek dan tak sempurna� Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkankasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
Tinggi� Tahap aspirasi tingg
Rendah� Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
Tengah-tengah� Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadidan
Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalamhidup...
Thursday, September 18
Puasa Sendirian
Sebenarnya saya tak takut. Mungkin disebabkan sekarang bulan puasa jadi saya rasa tak akan ada hantu yang mengganggu dan saya rasa tiada manusia yang bersikap seperti syaitan. Tapi saya resah. Tenggelam punca. Tak tahu nak buat apa...sedangkan rumah makin hari makin berhabuk. Siang malam saya tidur. Tapi saya masih mengantuk. Kadang-kadang saya tidur sebab takut, terutamanya waktu malam. Pukul 10 je dah tidur.
Saya resah juga bila fikir makanan untuk berbuka dan bersahur. Bila pergi pasar Ramadan rasa cam segan je nak pergi sendirian. Orang lain semuanya pergi dengan keluarga atau kawan. Tapi redah jugak laa.....Dua kali pergi buka puasa kat Restoran Benteng, tapi harga satu kali ganda daripada hari-hari biasa.....huhu. Kemarin ikut staff Clifford berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia dan hari ni cadangnya nak berbuka dengan roi sahaja.
Ramadan al Mubarak
10 tahun lepas, setiap petang ikut bapak pergi pasar Ramadan. Pada masa itu, pasar ramadan di tepi sg perak, belum dipindahkan ke Arena Square lagi. Sebelah malam, saya akan ikut mak dan bapak solat terawih. Biasanya di Surau Al-Aman Taman Jasa.
6 tahun lepas, kali pertama saya berpuasa tanpa keluarga. Terasa sangat susah sebab kena cari makanan sendiri. Dan kena mengikuti semua progam yang diikut oleh pentadbiran matrikurasi, seperti tilawah al quran, terawih dan ceramah agama. Dalam masa yang sama, assignment yang diberi pensyarah sangatlah banyak.
5 tahun lepas, saya berpuasa sebagai pelajar USM. Selepas habis kuliah, terus je beli juadah berbuka puasa di kafeteria. Hari sabtu dan ahad, selalu pergi pasar ramadan Sg. Dua. Kadang-kadang berbuka puasa di KFC dan di masjid Al-malek USM. Terawih pula di Dewan Kembara, Desasiswa Indah Kembara.
Tahun lepas, saya dah habis belajar,tapi belum kerja. Sepanjang bulan ramadan, berada di rumah. Tolong mak menyediakan juadah berbuka puasa dan buat biskut raya. Sebelah petang akan pergi ke pasar ramadan dan malam berterawih di Masjid Sultan Abdul Jalil, Suak Dungun.
Tahun ini, awal ramadan saya berkursus di Pangkor. Sekarang ini, walaupun di rumah, saya bersendirian. Mak dan bapak tinggal di rumah kakak, jaga cucu. Kadang-kadang, menu berbuka saya sangat mudah tapi kadang-kadang terlalu mewah. Sayangnya tahun ini, bila saya bersendirian, saya tak berterawih. Tahun ini, puasa yang paling memenatkan. Pulang dari sekolah saya pasti akan tidur sampai ke petang....
Selamat Berpuasa.
Tuesday, September 9
Antara Dua
Monday, September 8
Berani Berubah
Saya masih lagi ragu-ragu, tapi saya ingin cuba. Kalau tak cuba, mungkin saya akan menyesal. Lagipun jauh disudut hati saya, saya memang ingin berniaga. Jadi saya ingin jadikan percubaan ini sebagai langkah pertama sebagai usahawan muda.
Kawan saya mengajak saya menjual produk Premium Beautiful, iaitu set korset. Korset ini mempunyai FIR yang dapat membesarkan pembuluh darah agar pelancaran darah lebih lancar. Secara tak langsung dapat mengguruskan badan dan memgurangkan sakit perempuan.
Saya telah membeli sepasang korset ini . Hari ini hari pertama saya pakainya. Saya terasa beberapa perubahan, terutamanya kontur badan. Dalam masa seminggu, saya ingin lihat perubahan pada diri saya. Insayaallah jika berhasil, saya akan jadi pengedar produk ini.
Beli Premium Beautiful kat saya deh!
Friday, September 5
Kursus di Pangkor
Kursus ini dinamakan Kursus Profesionalisma Guru Siswazah Baru Negeri Perak . Berlangsung dari 2-4 September 2008 di Pangkor Holiday Resort, Pangkor. Sepatutnya peserta seramai 80 oranng tapi yang hadir hanya 67 orang sahaja.
Monday, September 1
Mewahnya Bukit Antarabangsa
Mulai 1 September kakak saya pindah masuk ke sini. Dekat sikit dengan tempat kerja dia.
Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Saturday, August 30
Tercicir Kimia
Apabila saya masuk kelas Kimia itu, soalan pertama saya adalah “sekarang belajar bab apa?” Tak ada seorang pelajar pun yang menjawab. Kemudian saya tanya, dah belajar acids and bases belum? mereka masih senyap….saya mulai geram. Setahu saya, sekarang mereka sedang belajar tajuk Acids and bases. Seterusnya saya tanya, electrolysis dah belajar kan….ada dua orang pelajar yang respond.
Saya ambil keputusan untuk mengajar electrolysis in molten solution tapi kecewanya saya apabila pelajar masih tak kenal cathode, anode, cation dan anion. Electrochemical series pun mereka tak ingat lagi.
Saya jelas dari reaksi yang diberikan, mereka tak faham subjek kimia. Tapi saya tak tahu seteruk mana ketenatan yang mereka hadapi. Kalau mereka sakit, saya cuma boleh jadi seorang doktor, Tanya symptom penyakit dan seterusnya beri beri ubat. Tapi kalau mereka tak datang jumpa saya, saya tak akan tahu penyakit mereka. Kalau saya bagi ubat pun, tapi kalau mereka tak nak makan pun penyakit tak akan sembuh...
Dan saya sedia maklum bahawa pelajar kimia saya ni selalu ponteng kelas, dengan macam-macam alasan aktiviti ko-kurikulum, jadi saya tak hairan kalau mereka sudah tercicir dari peringkat awal… nak buat macam mana kan kalau mereka yang tak nak belajar…!
Friday, August 29
Bahasa Inggeris dan Sains
Keputusan Sains, bagi Ujian Kurikulum 2 bagi kelas 1c2, hanya dua orang (2/38) yang gagal dan 4 orang dapat A tapi bagi 1c3 seramai 16 (16/33) orang gagal. Kenapa jadi macam ni????saya ajar 1c3 sama macam saya ajar 1c2, bahkan di kelas 1c3 saya selalu menggulang tajuk yang susah...sebab BI ke?
Thursday, August 28
Fesyen Kasut
Bila saya ingat kembali zaman saya sekolah, saya tak pernah pun perhati kasut cikgu saya. Tapi lain pula dengan pelajar saya....hmm.....macam macam lah mereka ni!
Monday, August 25
Sekolah Kluster
Proposal mesti siap pada hari Rabu jadi saya cuma ada masa petang ni sahaja untuk menyiapkan laporan projek. Tapi hati saya lebih kepada menyemak kertas peperiksaan Pertengahan Tahun. Saya tak nak pelajar tahu yang saya tak semak kertas mereka semasa cuti. Tapi laporan perlu disiapkan segera.....
Sunday, August 24
Rentetan Kenduri Kahwin Abangku
Ooopps…cadangnya nak bangun awal, boleh tolong mak bapak kemas rumah. Tapi terlewat pulak. Agaknya penat sangat malam tadi. Malam tadi ada kenduri akikah Balqis. Selain saudara mara, orang masjid dan rombongan pengantin perempuan turut datang. Selesai kenduri kira-kira pukul 12.30 pagi.
8.00 pagi
Sarapan. Mak tempah nasi lemak daripada jiran di Taman Jasa 2. Selain nasi lemak, dihidangkan juga kuih cara berlauk, limas, bengkang dan bahulu.
9.00 pagi
Kawan-kawan mak mulai datang. Mereka akan menyayikan marhaban semasa majlis cukur rambut Balqis. Saya sedang menyiapkan diri mereka datang
10.00 pagi
Acara marhaban bermula. Seramai 21 orang datang. Mereka menyayikan 11 buah lagu. Selepas itu, disambung dengan acara bercukur rambut Balqis.
Acara cukur rambut selesai. Kumpulan marhaban menjadi kumpulan pertama yang makan hidangan kenduri. Saudara mara pun makan sekali mereka…nanti senang mereka nak tolong bila perut dah kenyang. Waktu ni juga, dah mula ada tetamu yang datang untuk makan kenduri. Saya sedang sibuk menyediakan khemah pengantin. Meletakkan meja potong kek, letak bunga telur (muffin) dan juga labu sayong.
12.00 tengah hari
Tetamu semakin ramai. Sambil meninjau khemah saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar dan bermesra dengan tetamu. Untuk kenduri kahwin abang kali ini, menu makanannya adalah nasi minyak, ayam tandoori, air asam, rendang perak, gulai nangka, rojak buah dan udang masak merah serta buah oren sunquick dan air sirap. Kami juga menghidangkan bubur cha-cha dan teh ‘o’ panas serta kopi ‘o’ panas di khemah yang berbeza.
1.00 petang
Rombongan pengantin perempuan tiba. Kami sambut mereka di hujung simpang ke arah rumah. Selalunya ada pasukan kompang, tapi kali ini kami inringi rombongan pengantin dengan zikir. Tapi, seperti dahulu, flower girl dan pembawa bunga mangga tetap ada.
Pengantin dibawa ke dalam rumah untuk sesi bergambar dan bersanding. Selesai bersanding pengantin di bawa untuk memotong kek dan seterusnya menjamah makan tengah hari. Oleh kerana rombongan pengantin tak seramai seperti yang dijangkakan, ada beberapa meja di khemah penganti yang kosong. Jadi, saya bersama beberapa orang kakak saudara makan disitu.
2.30 petang
Semakin lewat, semakin kurang tetamu. Khemah di sebelah atas dah pun dikemaskan. Tetamu yang datang dijemput untuk makan di khemah bahagian bawah. Saya sempat juga berjumpa dengan beberapa orang schoolmates.
4.00 petang
Cepatnya masa berlalu. Badan dah pun keletihan. Zuhur pun di penghujung waktu. Saya masuk bilik untuk solat dan kemaskan diri. Katerer mula menyerahkan lauk yang tak habis ke dalam rumah. Saudara mara pun membungkus lauk untuk dibawa pulang. Saya baru terperasan, saya ambil gambar agak sedikit berbanding kenduri kahwin sebelum ini.
8.00 malam
Kami makam malam berlaukkan kenduri siang tadi. Oleh kerana hujan sangat lebat, tiada saudara mara yang datang untuk sesi buka hadiah. Kami buka hadiah sesama adik beradik sahaja. Hanya yang ada mak dan bapa saudara dari Seremban dan officemates abang.
12.00 tengah malam
Semua tetamu pulang.
Friday, August 22
Persiapan Kenduri Kahwin
Apabila hampir ke tengah hari, saya berhenti sekejap melihat kartun animasi di TV3. Tak pasti kartun apa, tapi rasaya animasi Barbie. Kemudian saya menemani mak ke pekan untuk membeli barangan runcit. Pulang daripada pekan, kami sekeluarga menyediakan makan tengah hari, dan seterusnya bersantap.
Kira-kira pukul 3.30 petang, orang pelamin datang. Mereka datang menyediakan pentas dan backdrop. Kerusi dan hiasan akan disiapkan esok. Semasa kerja-kerja mendirikan pelamin dilakukan di dalam rumah, di luar rumah sibuk mendirikan khemah makan.
Selepas asar, saya keluar sekali lagi. Membeli barang runcit dan laminate tanda arah ke rumah kami. Setelah pulang dari pekan, pelamin dan khemah telah siap dirikan. Nampaknya persediaan untuk kenduri kahwin abang saya telah 90% siap.
Wednesday, August 20
Bertemu Jodohnya
Abangku dah kahwinnnn... Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kenduri di rumah pihak perempuan simple sahaja. Tiada majlis persandingan, cuma ada makan beradab. Selepas makan, ada sesi bergambar. Semasa majlis pernikahan, rombongan kami seramai 21 orang, manakala semasa kenduri kahwin seramai 30 orang saudara mara. Pihak perempuan memberi 9 dulang hantaran bertemakan warna merah hati manakala pihak lelaki membalas dengan 7 dulang hantaran bertemakan warna biru.
Sunday, August 10
Baju Biru
Sebenarnya saya dah pun menempah sepasang kebaya, tapi rasanya macam segan nak pakai. Baju tu ala-ala pakaian orang bertunang. Walaupun sebenarnya sekarang ni memang dah jadi trend orang pakai kain net semasa menghadiri majlis. Saya segan nak pakai sebab nanti semasa kenduri mungkin rakan guru dan pelajar akan datang ke rumah. Nanti mereka sangka saya bertunang pulak.
Jadi tadi pergi la Greentown Mall, untuk cari baju biru, tapi entahlah, semua baju yang saya berkenan, semuanya bukan warna biru. Untuk tak menghampakan diri, saya belilah sepasang baju kurung moden kain sifon bercorak batik dan berwarna merah hati. Harga yang diletakkan RM129 tapi dijual pda harga RM100. Mungkin nak pakai baju ni semasa abang saya bernikah.
Saturday, August 9
Kes Buli
Ada seorang bapa pelajar datang berjumpa saya hari ni. Katanya anak dia diugut supaya ponteng sekolah. Jadi, disebabkan takut dengan pelajar yang diugut, pelajar yang diugut itu telah ikut ponteng sekolah semalam. Kata bapa pelajar itu, dia telah memaksa anaknya untuk menceritakan hal sebenar apabila melihat keluarbiasaan anaknya.
Tapi kenapa kena paksa baru cakap??? Peliklah. Kata pelajar itu, semalam merupakan kali kedua dia ponteng sekolah...kenapa sebelum ni dia tak bagitahu masalah dia??? Pelajar yang diugut itu merupakan pelajar tingkatan satu, bukanlah pelajar yang bermasalah dalam kelas mahupun akedemik. Manakala pelajar yang menggugut merupakan pelajar tingkatan dua, telah pun diberi surat berhenti sekolah (dalam proses ditukarkan kesekolah lain) kerana masalah displin.
Sekarang ni, saya nak tengok tindakan HEM...apakah tindak balas unit displin terhadap laporan bapa pelajar ni.
Friday, August 8
Pekeliling Perkhidmatan Awam
Guru-guru, seperti biasa, bila ada ujian, akan sibuk menyediakan kertas soalan dan seterusnya menyemak kertas jawapan pelajar. Dulu saya sangka menyemak kertas soalan sahaja yang menggambil masa yang lama tapi sangkaan saya meleset sama sekali.Untuk menyediakan kertas soalan pun menggambil masa yang sangat panjang. Selain daripada masa untuk membina soalan, masa yang panjang diambil untuk men'staple'kan kertas soalan tersebut. Bayangkan, bagi satu set kertas soalan yang ada lima helaian kertas masa yang diambil untuk menggepil adalah lebih 3 jam. Kemudian, nak mengasingkan kertas kepada setiap kelas pula memakan masa lebih setengah jam.Itu adalah untuk bilangan pelajar seramai 260 orang...dengan kata lain, 260 setx5 helai.
Sedang menyediakan kertas soalan untuk ujian, apabila hampir hujung tahun ini,
guru-guru diingatkan tentang keperluan untuk memenuhi Pekeliling Perkhidmatan Awam
Bil 6 thn 2005:
"Pegawai Perkhidmatan Awam hendaklah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun"
'Latihan' itu termasuk seminar, ceramah, bengkel dan latihan. Lawatan dan mesyuarat tidak termasuk dalam kumpulan 'latihan'. Tujuh hari pula bermakna sehari 6 jam ataupun jumlah latihan 42 jam...banyak tuu...terutamanya bagi guru baru macam saya ni.
Bagi sesetengah guru, mereka dah pun berjaya untuk memenuhi Pekeliling itu, tapi saya tak pasti saya telah berjaya mendapatkan 7 hari atau belum. Sepatutnya setiap kali pergi ke 'latihan' saya kena bawa kad biru untuk mencatatkan latihan yang diikuti dan seterusnya,meminta pengesahan daripada penyelia latihan tapi saya tak buat macam tu.Kad saya sentiasa tersimpan rapi di pejabat...
Cadangnya, tadi nak menggisi kad biru tu, tapi saya mula keliru dengan jumlah jam bagi latihan yang telah saya lalui...jadi, esok je lah sambung...InsyaAllah, kalau dicampurkan dengan Latihan dalam Perkhidmatan(Ladap), cukuplah 7 hari latihan. Saya risau kalau tak cukup jabatan atau panitia terpaksa buat latihan untuk saya ataupun saya di'pos'kan ke sekolah lain untuk mengikuti latihan...
Sunday, August 3
Secret
i will meet someone that can replace your position in my heart.
Thursday, July 31
Postmortem Kimia SPM 2007
Selang masa yang diberikan, iaitu sebelum taklimat bermula, semasa minum pagi dan selepas habis taklimat, kami sempat bersalaman, tanya khabar. Sempat merancang untuk pergi ke Kinta City bersama selepas habis taklimat... tapi tak ramai yang boleh turut serta berwindow shopping di Kinta City sebab masalah pegangkutan, jadi yang dapat pergi cuma geng saya di USM, Nadilah, Laila, Liza, Fatimah dan kawan matrik, Syafiza.
Seronok sangat dapat ber'shopping' dengan mereka. Kali terakhir ber'shopping' dengan mereka sebelum grad dulu. Then, kali akhir jumpa mereka bulan 3. Semasa Nadilah kahwin. Sejak itu, cuma sekadar berSMS je. Lepas ni, tak tahu bila jumpa lagi. Mungkin semasa kenduri kahwin Laila bulan 11 nanti.
Kalau saya tahu postmortem ni macam jejak kasih, saya sanggup jadi sukarela untuk pergi postmortem subjek biologi dan sains. Bukan setakat kimia je!!!!!!!!
Friday, July 25
Climate cool school homepage
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]![]()
Climate Cool School Project,
Suatu projek yang dianjurkan oleh British Council,
dengan kerjasama UPSI,
untuk memberi kesedaran kepada komuniti sekolah
tentang perubahan iklim (climate change).
Suatu e-platform dibina untuk
berkongsi aktiviti yang dijalankan di sekolah
Tuesday, July 22
Permata Hati
Mengenali Diri
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada senantiasa menumpuk-numpukkan harta.
SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI MENGHIMPIT?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
**ermmm.... yang manakah anda ? marilah kita menilai diri sendiri... di manakah kita kini....

















