Friday, September 26

Menjelang Aidilfitri

Pagi tadi diadakan majlis khas sempena Aidilfitri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, penyampaian hadiah bagi aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan juga majlis bersalaman sempena Aidilfitri. Kemudian guru-guru bergambar untuk majalah sekolah. Setelah selesai, rupanya telah menghampiri jam 9.40pagi, hampir habis masa ketiga.

Masuk bilik guru, secepat mungkin saya tutup register. Hari ini hari terakhir bulan September. Tapi fokus untuk tutup register diganggu kehadiran pelajar yang datang memberi kad hari raya. Saya tak sangka, masih ada pelajar yang akan memberi kad raya dizaman sms dan email raya. Saya dapat 5 kad raya daripada pelajar 1c2. Terima kasih banyak-banyak!

Semasa masa terakhir, saya dikelas 1c6, P&P tak berlangsung dengan sepatutnya. Dengan kehadiran pelajar kurang daripada separuh, saya sekadar bersembang dengan pelajar. Mereka tak habis-habis meminta duit raya. Pelajar kelas lain pun banyak yang menyebuk masuk kelas untuk meminta duit raya. Malas saya nak layan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...