Loceng pukul 2 dah pun berbunyi semasa seorang guru datang berjumpa dengan saya. Katanya saya kena buat laporan bagi Projek Climate Cool School sebab penyelaras projek tak ada di sekolah. Laporan itu merupakan sebahagian kecil daripada proposal sekolah untuk memohon menjadi Sekolah Kluster. Sebenarnya saya tak ada banyak maklumat tentang projek ini walaupun saya merupakan orang yang paling banyak menghadiri bengkel untuk projek ini. Lagipun, pada peringkat sekolah, hanya satu saja aktiviti yang baru dijalankan.
Proposal mesti siap pada hari Rabu jadi saya cuma ada masa petang ni sahaja untuk menyiapkan laporan projek. Tapi hati saya lebih kepada menyemak kertas peperiksaan Pertengahan Tahun. Saya tak nak pelajar tahu yang saya tak semak kertas mereka semasa cuti. Tapi laporan perlu disiapkan segera.....
No comments:
Post a Comment