Thursday, July 31

Postmortem Kimia SPM 2007

Semalam Taklimat Postmortem Kimia. Tapi terasa macam jejak kasih. Jumpa kembali coursemates USM dan collagemate matrik. JPN mengarahkan sekolah menghantar seorang seorang guru junior (pengalaman bawah 5 tahun) bagi postmortem subjek sains teras dan sains elektif. Jadi siapa lagi yang akan pergi...tentulah kami yang fresh ni.

Selang masa yang diberikan, iaitu sebelum taklimat bermula, semasa minum pagi dan selepas habis taklimat, kami sempat bersalaman, tanya khabar. Sempat merancang untuk pergi ke Kinta City bersama selepas habis taklimat... tapi tak ramai yang boleh turut serta berwindow shopping di Kinta City sebab masalah pegangkutan, jadi yang dapat pergi cuma geng saya di USM, Nadilah, Laila, Liza, Fatimah dan kawan matrik, Syafiza.

Seronok sangat dapat ber'shopping' dengan mereka. Kali terakhir ber'shopping' dengan mereka sebelum grad dulu. Then, kali akhir jumpa mereka bulan 3. Semasa Nadilah kahwin. Sejak itu, cuma sekadar berSMS je. Lepas ni, tak tahu bila jumpa lagi. Mungkin semasa kenduri kahwin Laila bulan 11 nanti.

Kalau saya tahu postmortem ni macam jejak kasih, saya sanggup jadi sukarela untuk pergi postmortem subjek biologi dan sains. Bukan setakat kimia je!!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...