Sejak bila PPSMI dijalankan??? Tahun 2003? Pada waktu itu, saya berada di tahun pertama USM. Kuliah pada tahun itu masih sepenuhnya dalam bahasa melayu. Tapi buku rujukan dalam bahasa inggeris. Tahun kedua, barulah kuliah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.Tapi, BM ataupun BI saya tak kisah, sebab saya mempunyai nota senior berbahasa melayu. Jadi ulangkaji saya dalam bahasa melayu. Jika ujian, saya akan menjawab dalam bahasa melayu tetapi menggunakan istilah bahasa Inggeris.
Semasa belajar di ‘U’ selain subjek bahasa Inggeris, subjek yang sepenuhnya saya belajar dalam bahasa Inggeris ialah Chemistry/Biology/Physic Teaching Methods, School Administration, Philosophy and History of Science dan Colloid and Surface Chemistry. Enam subjek sahaja. Sekiranya PPSMI dilaksanakan bagi membaiki penguasan subjek sains, saya tidak bersetuju. Pertembungan dua bahasa menyebabkan lebih banyak kekeliruan. Jika PPSMI meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tidak juga. Tapi PPSMI dapat meningkatkan pembacaan buku berbahasa Inggeris sebab nota kuliah dan buku rujukan dalam BI.
Saya pernah terfikir, sekiranya pelajar mendapat gred A dalam subjek Sains, itu kerana mereka menguasai subjek tersebut. Kecemerlangan dalam subjek sains tidak bermakna pelajar itu cemerlang dalam bahasa Inggeris. Jadi apa relevennya sains dalam bahasa Inggeris? Setakat mana terbuktinya P&P sains dalam BI dapat meningkatkan penguasaan BI. Jika kayu ukurnya ialah keputusan UPSR 2008, saya tarik nafas panjang….
Pada pendapat saya, bahasa merupakan medium komunikasi. Sekiranya seseorang gagal menguasai bahasa, komunikasinya akan terencat. Oleh itu, jika pelajar mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, hal ini bermakna mereka dapat menguasai bahasa Inggeris. Jika ingin melahirkan generasi yang menguasai bahasa inggeris, kita harus memastikan pelajar dapat berkomunikasi dalam bahaa Inggeris, samada lisan ataupun bertulis. Mereka harus mampu bercakap, mendengar, menulis dan membaca dalam BI. Lebih banyak hands-on dalam sukatan BI. Tak perlu merampas hak bahasa kebangsaan dalam subjek lain.
Z
A
M
R
U
Dah tak sabar tunggu keputusan persidangan PPSMI
No comments:
Post a Comment