Seperti saya mushkil sebab penyanyi dan pelakon diangkat martabatnya sehingga digelar seniman, seperti itu juga saya mushkil sebab penulis dan penyajak diangkat martabatnya sehingga digelar sasterawan. Lewati tahun lalu, barulah saya sedar, berapa istimewanya seorang penulis itu. Bagi menghasilkan sebuah karya yang berkualiti, penulis harus menggolah pengalaman yang mereka miliki bersama ilmu yang mereka pelajari menggunakan pebendaharaan kata yang tepat.
Apabila saya menulis blog, saya ingin menulis sebaik mereka, menggunakan bahasa yang betul, teknik penulisan yang pelbagai dan disaduri dengan estetika sastera. Tapi, keterbatasan ilmu, pengalaman, masa dan kesabaran menyebabkan semakin hari blog saya semakin merupai tapak pengumpulan sampah. Saya mencampakkan ilmu, emosi dan pengalaman saya seperti sepihan kaca yang tak berharga. Sepatutnya, blog ini menjadi prasasti ilmu, menyinari ilmu buat rakan rakan blogger yang melawati blog ini. Kini saya sedar, menulis bukan semudah membuat karangan semasa SPM dan bukan mudah untuk membuatkan pembaca membaca rencana yang ditulis.
Awalnya saya menapak dalam dunia blog kerana bosan membaca akhar. Setiap hari, dada akhar hanya melaporkan tentang peralihan kuasa politik, kenaikan harga barang dan kekejaman rejim zionis. Blog menjadi alternatif bagi saya mendapatkan khabar dari luar halaman rumah. Semakin asyik saya membelik blog orang lain, semakin saya ingin membuat blog sendiri. Saya menggunakan kaedah cuba jaya sehinggalah blog ini didirikan.
Saya tiada tema khas untuk blog ini tapi saya tekankan cacatan harian saya sebagai seorang guru. Secara jujur, saya tidak menghebahkan blog ini kepada rakan-rakan saya. Malah, mak, bapak dan adik beradik saya sendiri pun tidak mengetahui saya asyik menulis rencana untuk blog saya. Tapi saya pernah memberitahu beberapa orang, yang saya rasa saya perlu beritahu agar tiada salah faham, antaranya ialah pengetua dan penolong kanan sekolah saya mengajar. Sejujurnya, saya tidak kisah jika tiada pelawat ataupun pembaca yang membaca blog saya. Saya cuma mahu syok sendiri apabila menulis blog.
Kini menulis blog, merupakan salah satu daripada tekad saya. Apabila menulis, barulah saya terasa kurangnya ilmu yang saya miliki. Ia membuatkan saya terus ketagihkan ilmu. Sekarang ini, saya tagihkan ilmu perguruan. Walaupun guru bukanlah profesian yang saya gemari, bahkan berharap dapat bertukar kepada kerjaya lain, tapi selagi saya masih ke sekolah, masih lagi menulis buku ringkasan mengajar, masih lagi mendidik dan masih lagi di bayar gaji sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, saya cenderung untuk meningkatkan kualiti perguruan saya, seterusnya menjadi guru cemerlang.
Z
A
M
R
U
Dari hati seorang anak, gadis dan guru.
1 comment:
Good teachers:
good at explaining, keep their cool, like people, have a sense of humour, practical, set high expectations for their students, fair-minded, detail oriented, can lead or follow, don't take things for granted!
Good luck :)
Post a Comment