Wednesday, December 31
Persekolahan Sesi 2009
Tahun 2009, saya jadi guru kelas 5ST2. Saya tak kenal sangat dengan mereka. Tahun lepas saya tak ajar mereka ni. Tapi saya yakin, bila tingkatan 5 mereka dah tak main-main lagi. Begitu juga dengan 5SG, harap mereka tekun untuk SPM. Bagi 5ST2 dan 5SG, saya ajar mereka subjek Chemistry. Azam saya, nak habiskan silibus secepat mungkin. Lepas tu boleh bincang soalan tahun-tahun lepas.
Saya masih mengajar sains di kelas hard-co Clifford. Tak tahu la macam mana nak pastikan mereka lulus. Mungkin saya kena bagi soalan-jawapan soalan tahun2 lepas yang sama berulang ulang sampat mereka terhafal. Mereka adalah kelas 5SK2.
Yang lain, saya ajar subjek sains 2C3 dan 2C4 . Saya harap dapat ajar 2C2, tapi tak kesampaian. Rasanya saya akan rindukan pelajar 2c2 sebab merekalah kumpulan pelajar pertama saya. Lagipun tahun lepas saya guru kelas mereka.
Selamat kembali mengajar!
Air Mata Palestin
Pada pendapat saya, hanya dengan penyatuan Hamas dan Syiah dapat menentang Yahudi. Selagi mereka bertelagah, selagi itu usaha bumi Palestin tak akan aman. Begitu juga umat islam di seluruh dunia. Allah adalah tuhan yang satu, tak perlulah bergaduh antara syiah dan sunnah.
Buat muslimin dan muslimat di Malaysia, janganlah bercakaran akibat perbezaan politik. Silap langkah kita akan tertindas. Sekarang ini, ekonomi dan politik bukan milik kita. Yang tinggal hanyalah sejarah.
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah.
Sunday, December 21
Birthday Quote
Friday, December 12
Tanah Berombak di Bukit Antarabangsa
Selepas saya dan bapak pulang dari melihat kawasan runtuhan, kami ke satu-satunya kedai runcit yang ada di kondo kami. Warga kondo, menyerbu kedai runcit itu, membeli makanan seadaanya walaupun terpaksa membeli dalam kedai yang gelap dan panas serta beratur panjang untuk bayar.
Abang ipar dan adiknya pergi ke kawasan runtuhan selepas kami pulang. Semasa mereka di sana, menteri besar telah sampai dengan menaiki helikopter. Arahan untuk penduduk berpindah dalam masa 24 jam dikeluarkan. Tentera telah membuat satu laluan keluar, yang menyeberangi sungai dan merentasi hutan. Bagaimanapun, akibat daripada tanah runtuh, air sungai tidak dapat menggalir. Selang beberapa jam, laluan itu dikatakan tak selamat sebab titi yang menyeberangi sungai sudah pun tenggelam.
Jam 12.00 tengah hari, kami sekeluarga keluar dari bukit antarabangsa menggunakan laluan alternatif. Kami mendaki bukit yang curam, kira-kira 15-20 minit. Syukurlah walaupun laluan itu curam, tapi sudah tersedia tangga. Kami antara yang terawal menggunakan laluan itu, jadi tanah masih belum licin. Sebaik sahaja kami selesai mendaki bukit dan sampai ke kawasan selamat, hujan pun turun....
Semasa kami tempat pengumpulan penduduk, masih belum ada tempat tinggal sementara di SK Ulu Klang. Kebanyakkan kami, tertanya-tanya dimanakah kami berada. Saya banyangkan, untuk keluar dari bukit antarabangsa, kami harus menuruni bukit, tapi rupanya kami mendaki bukit...
Daripada tempat pengumpulan penduduk, kami ke rumah abang di Setiawangsa. Hari Ahad barulah kami pulang ke Kuala Kangsar. Hari Raya Haji seperti tidak dirasai. Pertama dalam sejarah hidup, kami tidak masak lemang, ketupat mahupun rendang. Sarapan hari raya kami hanyalah roti dan sardin.
Keletihan, kami tak pun beraya di rumah saudara mara. sekadar istirehat di rumah. Tapi mak dan bapak pergi ke surau untuk korban lembu. Di rumah kami, semasa raya pertama hanya ada puding sagu. Itupun, dibuat setelah solat aidiladha. Sagu dan susu cair pun dibeli selepas pulang dari masjid.
Kesian baby Balqis. Belum pun 5 bulan, tapi dah kena jungle tracking.






