Hari terakhir cuti sekolah. Hari ni macam-macam nak kena buat, terutamanya yang paling penting, tanda kertas peperiksaan, Dua minggu cuti, aku cuma berjaya menanda satu kertas peperiksaan untuk satu kelas sahaja. Bukan tak ade masa nak tanda, tapi tak ade mood untuk tanda.
Esok, hari pertama penggal ke dua persekolahan. Oleh kerana baru habis peperiksaan, minggu ni aku akan memasukkan markah dalam SISPA (jangan la server slooooow), buat headcount dan buat postmortem. Tak dilupakan, untuk buat analisis peperiksaan.
Minggu depan juga kami akan sibuk dengan Saringan separuh akhir dan Saringan akhir Kejohanan Balapan. Aku dan JK buku progam akan menyiapkan Buku program Kejohanan Olahraga secepat mungkin dengan keadaan kelam kabut sebab kami cuma ade sehari je untuk memasukkan senarai pemenang bagi acara sebelum hari sukan. Al maklum, isnin, selasa dan rabu akan diadakan saringan (dengan harapan tak kena tangguh dek hujan) ari sabtu dah hari sukan.
Pegawai2 PPD seramai 15 orang juga akan datang ke sekolah untuk audit pengurusan sekolah dan mencerap guru2 minggu depan. Dengar cerita pegawai PPD akan masuk ke kelas untuk mencerap guru mengajar. Ya Allah, kalaulah aku dicerap, lancarkanlah pertuturan aku dan mudahkanlah aku untuk menjalankan P&P. Kurniakanlah aku P&P yang amat menanrik sehingga mendapat pujian daripada pencerap itu.