Friday, September 26

Menjelang Aidilfitri

Pagi tadi diadakan majlis khas sempena Aidilfitri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, penyampaian hadiah bagi aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan juga majlis bersalaman sempena Aidilfitri. Kemudian guru-guru bergambar untuk majalah sekolah. Setelah selesai, rupanya telah menghampiri jam 9.40pagi, hampir habis masa ketiga.

Masuk bilik guru, secepat mungkin saya tutup register. Hari ini hari terakhir bulan September. Tapi fokus untuk tutup register diganggu kehadiran pelajar yang datang memberi kad hari raya. Saya tak sangka, masih ada pelajar yang akan memberi kad raya dizaman sms dan email raya. Saya dapat 5 kad raya daripada pelajar 1c2. Terima kasih banyak-banyak!

Semasa masa terakhir, saya dikelas 1c6, P&P tak berlangsung dengan sepatutnya. Dengan kehadiran pelajar kurang daripada separuh, saya sekadar bersembang dengan pelajar. Mereka tak habis-habis meminta duit raya. Pelajar kelas lain pun banyak yang menyebuk masuk kelas untuk meminta duit raya. Malas saya nak layan!

Thursday, September 25

Personaliti Berdasarkan Nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

sumber: http://koleksicinta.blogspot.com/2008/09/rahsia-personalti-huruf-pangkal-nama.html

Personaliti melalui tulisan

Kenal peribadi melalui Graphology
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan.
Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas dibahagian belakang kertas.� Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.� Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat� Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp� Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
Condong ke kanan� Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah Condong ke kiri� Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
Tegak� Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawansebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
Campur-campur� Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
Jarang-jarang� Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
Rapat-rapat� Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z Ada ekora
Besar, panjang dan sempurna� Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
Kecil, pendek dan tak sempurna� Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkankasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
Tinggi� Tahap aspirasi tingg
Rendah� Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
Tengah-tengah� Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadidan
Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalamhidup...

Thursday, September 18

Puasa Sendirian

Sejak mak dan bapak tinggal di rumah kakak untuk jaga Balqis, ramai yang tanya, tak takut ke tinggal sendirian di rumah....


Sebenarnya saya tak takut. Mungkin disebabkan sekarang bulan puasa jadi saya rasa tak akan ada hantu yang mengganggu dan saya rasa tiada manusia yang bersikap seperti syaitan. Tapi saya resah. Tenggelam punca. Tak tahu nak buat apa...sedangkan rumah makin hari makin berhabuk. Siang malam saya tidur. Tapi saya masih mengantuk. Kadang-kadang saya tidur sebab takut, terutamanya waktu malam. Pukul 10 je dah tidur.


Saya resah juga bila fikir makanan untuk berbuka dan bersahur. Bila pergi pasar Ramadan rasa cam segan je nak pergi sendirian. Orang lain semuanya pergi dengan keluarga atau kawan. Tapi redah jugak laa.....Dua kali pergi buka puasa kat Restoran Benteng, tapi harga satu kali ganda daripada hari-hari biasa.....huhu. Kemarin ikut staff Clifford berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia dan hari ni cadangnya nak berbuka dengan roi sahaja.

Ramadan al Mubarak

12 tahun lepas, merupakan tahun pertama saya puasa penuh. Sebenarnya, itulah tahun pertama saya berpuasa...Kali pertama puasa terus je puasa penuh. Sebelum itu, saya sekadar berpuasa separuh hari. Bangun sahur tapi balik sekolah je terus makan.


10 tahun lepas, setiap petang ikut bapak pergi pasar Ramadan. Pada masa itu, pasar ramadan di tepi sg perak, belum dipindahkan ke Arena Square lagi. Sebelah malam, saya akan ikut mak dan bapak solat terawih. Biasanya di Surau Al-Aman Taman Jasa.


6 tahun lepas, kali pertama saya berpuasa tanpa keluarga. Terasa sangat susah sebab kena cari makanan sendiri. Dan kena mengikuti semua progam yang diikut oleh pentadbiran matrikurasi, seperti tilawah al quran, terawih dan ceramah agama. Dalam masa yang sama, assignment yang diberi pensyarah sangatlah banyak.


5 tahun lepas, saya berpuasa sebagai pelajar USM. Selepas habis kuliah, terus je beli juadah berbuka puasa di kafeteria. Hari sabtu dan ahad, selalu pergi pasar ramadan Sg. Dua. Kadang-kadang berbuka puasa di KFC dan di masjid Al-malek USM. Terawih pula di Dewan Kembara, Desasiswa Indah Kembara.


Tahun lepas, saya dah habis belajar,tapi belum kerja. Sepanjang bulan ramadan, berada di rumah. Tolong mak menyediakan juadah berbuka puasa dan buat biskut raya. Sebelah petang akan pergi ke pasar ramadan dan malam berterawih di Masjid Sultan Abdul Jalil, Suak Dungun.


Tahun ini, awal ramadan saya berkursus di Pangkor. Sekarang ini, walaupun di rumah, saya bersendirian. Mak dan bapak tinggal di rumah kakak, jaga cucu. Kadang-kadang, menu berbuka saya sangat mudah tapi kadang-kadang terlalu mewah. Sayangnya tahun ini, bila saya bersendirian, saya tak berterawih. Tahun ini, puasa yang paling memenatkan. Pulang dari sekolah saya pasti akan tidur sampai ke petang....



Selamat Berpuasa.

Tuesday, September 9

Antara Dua

Masih lagi mengenai Premium Beautiful. Saya sebenarnya berkobar-kobar nak jual produk ini setelah mendengar penerangan rakan saya. Walaupun terdapat rasa ragu tapi saya masih mahu untuk jadi pengurus. Tapi sekarang perasan ragu-ragu saya makin kronik. Sebab kosnya tinggi. RM22 ribu. Pengurus kena beli 10 set korset. Mereka cadangkan buat pinjaman Bank Rakyat. Mulanya saya tak kisah tapi sekarang ni rasa cam kisah pulak...! erm....

Monday, September 8

Berani Berubah

Daripada zon selesa, saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu percubaan yang bakal membuahkan rezeki jika ia berhasil. Tapi pelaburan yang harus dikeluarkan amat besar bagi saya yang baru menabung.


Saya masih lagi ragu-ragu, tapi saya ingin cuba. Kalau tak cuba, mungkin saya akan menyesal. Lagipun jauh disudut hati saya, saya memang ingin berniaga. Jadi saya ingin jadikan percubaan ini sebagai langkah pertama sebagai usahawan muda.


Kawan saya mengajak saya menjual produk Premium Beautiful, iaitu set korset. Korset ini mempunyai FIR yang dapat membesarkan pembuluh darah agar pelancaran darah lebih lancar. Secara tak langsung dapat mengguruskan badan dan memgurangkan sakit perempuan.


Saya telah membeli sepasang korset ini . Hari ini hari pertama saya pakainya. Saya terasa beberapa perubahan, terutamanya kontur badan. Dalam masa seminggu, saya ingin lihat perubahan pada diri saya. Insayaallah jika berhasil, saya akan jadi pengedar produk ini.


Beli Premium Beautiful kat saya deh!

Friday, September 5

Kursus di Pangkor

Seronoknya dapat pergi kursus di Pangkor. Tambahan pulu kursus itu dibuat khas untuk guru siswazah baru lantikan 1 November 2007. Terasa macam majlis reunion. Sambil jumpa kawan lama, dapat pulak berkenalan dengan cikgu dari sekolah lain. Rasa macam tak cukup tiga hari. Kalau boleh nak seminggu berkursus. Selain daripada sesi kursus yang menarik, akitiviti bebas sebelah petang di kaki pantai banyak menggamit memori serta berkongsi pengalaman sesama rakan sejawatan. Cuma satu je yang kurang, ia diadakan di bulan puasa. Lepas je habis kursus pukul 10.30 malam, dah tak larat nak berterawih. Tidur je terus.

Kursus ini dinamakan Kursus Profesionalisma Guru Siswazah Baru Negeri Perak . Berlangsung dari 2-4 September 2008 di Pangkor Holiday Resort, Pangkor. Sepatutnya peserta seramai 80 oranng tapi yang hadir hanya 67 orang sahaja.

Monday, September 1

Mewahnya Bukit Antarabangsa

Selama ini saya hanya sekadar dengar cerita Bukit Antarabangsa tu tempat orang kaya-kaya. Dibuktikan pula dengan banglo Datuk K yang tersergam indah di Bkt Antarabangsa. Kali ini saya merasa pergi bukit bertuah ini. Tak sangka, sekarang ni, kakak saya juga tinggal di sini. Walaupun cuma di apartment, tapi kira cam seronok je. Sebab, sebelum masuk perkarangan apartment kakak saya, kami melalui deretan bonglo mewah, termasuk rumah Datuk K dan Siti Nurhaliza.


Mulai 1 September kakak saya pindah masuk ke sini. Dekat sikit dengan tempat kerja dia.


Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...