Thursday, November 27

Selamat Pagi Cinta: Komen

Cadangnya nak tengok Madagascar 2, tapi sebab lambat lagi masa tayangannya kami pun tengok filem Selamat Pagi Cinta.

Ceritanya tentang dua pasangan yang sedang bercinta.

Pasangan pertama,Pieare Andre dan Fazura. Walaupun mereka baru bertemu dua kali, tapi mereka menggambil keputusan untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Pieare Andre sakit, kemudian mati.

Pasangan kedua, Sharifah Amani dan Que Haidar. Mereka rakan sekolej. Tetapi Amani dijodohkan dengan jejaka pilihan keluarganya. Que pula, terpaksa berhenti belajar untuk menyara keluarganya.

Pada pendapat saya, plot filem ini tiada klimaks, yang ada hanya konflik2 kecil. Ia hanya menunjukkan bagaimana cinta berputik dan kemudiannya layu.

Watak Fazura, dari pertengahan cerita hingga akhir, asyik tidur, tidur dan tidur....

Amani pula, dengan imej betemakan ungu.

Filem ini, saya bagi 3 bintang daripada 5 bintang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...