Thursday, July 31
Postmortem Kimia SPM 2007
Semalam Taklimat Postmortem Kimia. Tapi terasa macam jejak kasih. Jumpa kembali coursemates USM dan collagemate matrik. JPN mengarahkan sekolah menghantar seorang seorang guru junior (pengalaman bawah 5 tahun) bagi postmortem subjek sains teras dan sains elektif. Jadi siapa lagi yang akan pergi...tentulah kami yang fresh ni.
Selang masa yang diberikan, iaitu sebelum taklimat bermula, semasa minum pagi dan selepas habis taklimat, kami sempat bersalaman, tanya khabar. Sempat merancang untuk pergi ke Kinta City bersama selepas habis taklimat... tapi tak ramai yang boleh turut serta berwindow shopping di Kinta City sebab masalah pegangkutan, jadi yang dapat pergi cuma geng saya di USM, Nadilah, Laila, Liza, Fatimah dan kawan matrik, Syafiza.
Seronok sangat dapat ber'shopping' dengan mereka. Kali terakhir ber'shopping' dengan mereka sebelum grad dulu. Then, kali akhir jumpa mereka bulan 3. Semasa Nadilah kahwin. Sejak itu, cuma sekadar berSMS je. Lepas ni, tak tahu bila jumpa lagi. Mungkin semasa kenduri kahwin Laila bulan 11 nanti.
Kalau saya tahu postmortem ni macam jejak kasih, saya sanggup jadi sukarela untuk pergi postmortem subjek biologi dan sains. Bukan setakat kimia je!!!!!!!!

Friday, July 25
Climate cool school homepage
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]![]()
Climate Cool School Project,
Suatu projek yang dianjurkan oleh British Council,
dengan kerjasama UPSI,
untuk memberi kesedaran kepada komuniti sekolah
tentang perubahan iklim (climate change).
Suatu e-platform dibina untuk
berkongsi aktiviti yang dijalankan di sekolah
Tuesday, July 22
Permata Hati
Mengenali Diri
SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada senantiasa menumpuk-numpukkan harta.
SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI MENGHIMPIT?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
**ermmm.... yang manakah anda ? marilah kita menilai diri sendiri... di manakah kita kini....

Sunday, July 20
Pelbagai Rekabentuk Dapur Solar
Manakah Dapur Solar yang memenangi tempat pertama Solar Cooking With Nature Competition Sempena Karnival Sains dan Teknolagi Peringkat Negeri Perak???

Gambar ke-dua yang memenangi pertandingan ini. Sejujurnya saya tak puas hati oven itu menang. Walaupun kosnya murah tapi tak komersial. Nak memasukkan cooking container pun susah. Peserta mengambil masa yang lama untuk masukkan bekas mengandungi air ke dalam oven tersebut. Malah, dari semasa ke semasa peserta asyik membetulkan oven itu. Apa istimewanya oven itu sehingga juri memilih ia sebagai oven terbaik? Saya keliru.
Karnival Sains Peringkat Negeri Perak
Dari 18-20 Julai, telah berlangsung Karnival Sains Peringkat Negeri Perak di SM Teknik Padang Rengas. Pasukan Dapur Solar bimbingan saya telah mewakil daerah. Tapi kami pulang tanpa sebarang kemenangan. Kami agak sedih, sebab kami percaya kami boleh menang, sekurang-kurangnya tempat ketiga. Lagipun banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk pertandingan ini. Malah, inilah idea terbaik yang dapat kami terjemahkan kepada dapur solar. Jadi kami harap sangat kemenangan.
dalam pertandingan Amali Sains dan Solar Oven
Kami hanya dapat tempat ke-empat.
Saturday, July 19
Doakan Kejayaan Pasukan Dapur Solar
Doakan kami menang
Pertandingan Dapur Solar
Sempena Karnival Sains dan Teknologi
Peringkat Negeri Perak
pada18-20 Julai 2008
di SM Teknik Padang Rengas, Perak
Amin
Sunday, July 6
Ketenatan Ketuanan Melayu
Sedarkah kita bahawa sekarang merupakan musim yang paling parah dalam politik Melayu pasca-merdeka? Pemimpin kita saling tuduh menuduh, nafi menafikan. Fitnah dan fakta sukar untuk dipastikan. Janji yang ditabur semudah meludah air liur ke tanah.
Saya bukanlah seorang yang menggemari dunia politik. Tapi saya amat risau keparahan potilik semasa. Jika tidak dirawat segera, tidak mustahil musim ini merupakan saat nazak politik Melayu sebelum terkubur di tanah tumpah darah sendiri.
Suatu masa dahulu, bagi saya Malaysia merupakan sebuah negara yang sempurna. Politiknya stabil dan ekonominya juga baik. Sayangnya, panas tak sampai ke petang. Kemelut sekarang seperti ingin menggulang sejarah 400 tahun dahulu. Tika itu, Tanah Melayu dijajah akibat perbalahan raja dan pemimpin Melayu.
Mungkin poligon penjajahan era ini tidak seperti dahulu, tapi jika sengketa berlarutan, tak mustahil ketuanan Melayu tinggal sejarah. Jika sekalipun masih ada Melayu yang menjadi pemimpin, mereka tidak lagi berkuasa untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Lebih teruk jika yang menjadi pemimpin itu menafikan hak keistimewaan Melayu dan Islam serta berkiblatkan kepada barat.

Thursday, July 3
Nilai Harga Diri
Sebelum memulakan kelas, Cikgu Ismail mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM50 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 25 orang pelajarnya. "Siapa nak duit ni?" tanya Cikgu Ismail.. Semua pelajar mengangkat tangan. "Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ".
Cikgu Ismail meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?" Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Cikgu Ismail mengangguk dan mencebikkan bibir. "Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM50 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya.. Cikgu Ismail memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. "Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Cikgu Ismail. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada pelajarnya masih mengangkat tangan. "Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Cikgu Ismail lagi.
Pelajarnya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Cikgu Ismail. "Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut." "RM50 tetap RM50 walaupun 10 kali dipijak." kata Cikgu Ismail. Semua pelajar yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Cikgu Ismail mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. "Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Cikgu Ismail. Semua pelajar ternganga mendengar penerangan guru itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata guru itu...

Subscribe to:
Posts (Atom)