Saturday, March 29

Keajaiban Alam


Lihat kanopi pokok ni.
Kanopinya tak bertindah bukan??? Pokok-pokok ini ditanam pada hari yang sama. Ia membesar dengan memperoleh amaun sumber mineral yang sama. Oleh itu ia dikatakan adik beradik. Pokok adik beradik ini tidak akan menindih antara satu sama lain. Jika terdapat dari dua pokok berbeza yang saling menindih, daunnya akan gugur.

Gambar ini ditangkap semasa aktiviti jungle tracking di hutan ladang FRIM (Institut Penyelidikan Hutan Malaysia). Program dianjurkan oleh British Council untuk moderator Climate Cool School Project.

Sunday, March 16

Kembali ke Sekolah

Salam. Esok saya kembali semula ke sekolah. Tak sabar untuk mendengar komen rakan sekerja tentang pilihan raya yang baru berlangsung. Tapi mungkin juga tak ramai yang ingin bercerita tentangnya. Takut tersentuh tentang politik. Erm…harap ada yang ingin berbual tentangnya. Sekadar untuk menceritakan pengalaman, bukannya menyokong sebarang parti politik.

Esok juga, pelajar akan mula menduduki Ujian Selaras 1. Bagaimana agaknya pencapaian pelajar saya. Harap mereka berada pada tahap yang sepatutnya. Sebenarnya tak harap mereka dapat keputusan cemerlang sebab mereka bukan daripada kumpulan itu, tapi saya harap mereka mencuba untuk memberikan yang terbaik. Saya telah cuba untuk mengajar mereka terdaya saya.

p/s
Kenapa dengan connection TMnet ni??? Asyik terputus je. Salah lap top saya atau gangguan daripada server TMnet. Selalu hajat saya untuk melayari internet terbantut sebab tak berjaya untuk connect internet.

Wednesday, March 12

Perak : Siapa layak jadi Menteri Besar?

Lagu Negeri Perak
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang solleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Semoga kemelut Menteri Besar dan exco
bagi negeri Perak diselesaikan dengan baik

Sunday, March 9

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12

Pilihan raya umum ke-12 telah pun membuka tirai kepada perubahan drastik dalam kepimpinan pada peringkat negeri dan negara. Sebelum keputusan diumumkan, saya menjangka parti pemerintah akan kekal memerintah dengan majoriti yang rendah tetapi nampaknya parti pemerintah tersungkur kepada pembangkang. Kini, dengan penuh tanda tanya dan keghairahan saya ingin mengetahui barisan menteri dan suasana apabila dewan rakyat dan dewan undangan negeri bersidang nanti.

Harapan saya, wakil yang dipilih oleh rakyat akan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan kemakmuran negara berbanding kepentingan parti dan diri sendiri. Sebagai generasi muda, sesungguhnya saya terkedu dengan gelombang ini. Tapi saya percaya, jika di Britain, US dan Australia dapat memastikan kemakmuran negara kekal walaupun kerajaan bersilih ganti, Malaysia juga boleh lakukannya. InsyaAllah, Ar-Rahman akan sentiasa merahmati Malaysia dan Malaysia tetap menjadi negara maju seiring dengan Wawasan 2020.

Khususnya di negeri Perak, saya tertanya-tanya calon menteri besar. BN hanya memenangi 29 kerusi DUN. Kesannya, BN gagal untuk membentuk kerajaan negeri. Parti DAP yang hanya memenangi 18 kerusi DUN bakal mengetuai barisan pembangkang. Hal ini bermakna, menteri besar Perak mungkin daripada bangsa cina, sesuatu yang tidak dapat saya terima sama sekali. Ada khabar mengatakan perlembagaan negeri Perak tidak membenarkan kaum lain selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar, dan harapnya khabaran ini adalah besar. Sebagai seorang muslim, saya hanya mahukan orang muslim untuk memerintah di negeri ini. Bahkan pada pendapat saya, adalah tidak wajar untuk bukan muslim memerintah di sebuah negeri yang majoritinya adalah muslim.

Sekian.

p/s:
Ucapan takziah kepada keluarga Mak Cik Ummi yang telah kehilangan anak mereka dalam nahas jalan raya di pagi hari mengundi, Semoga rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Tuesday, March 4

Betemu di Teluk Intan.

Akhirnya, bertemu juga saya dengan geng dari USM. Kami dah lama tak bertanya khabar sejak hari konvo pada bulan Ogos tahun lepas. Jadi, kami ambil kesempatan untuk bertemu semula pada kenduri kahwin Nadilah di Teluk Intan, Perak pada 3 Mac 2008. Sepatutnya majlis perkahwinan dilansunkan pada 8 Mac tapi diawalkan kerana pilihan raya umum dilangsungkan pada hari tersebut.

Buat pengantin baru Nadilah dan Lutfi, selamat melayari alam rumah tangga. Walaupun agak susah nak cari rumah Nadilah, alhamdulillah, sampai juga. Nadilah adalah roomate Iman 3 semasa kami dimatrikurasi. Dia juga merupakan coursemate di USM. Lutfi pula merupakan classmate Nadilah semasa di matrikurasi. Sekarang ni Nadilah mengajar di Teluk Intan. Lutfi pula di Johor rasanya.

Inilah pose yang sempat kami tangkap. Sebahagian besarnya adalah rakan-rakan USM. Selebihnya saya tak pasti. Mungkin merukan rakan-rakan Nadilah semasa di sekolah menengah.

Saturday, March 1

Menaiki Jinjang Pelamin

Seorang demi seorang teman naik ke jinjang pelamin dan saya semakin bosan dengan pertanyaan tentang kahwin daripada orang sekeliling. Jika boleh, saya pun ingin berkahwin segera. Jika tidak silap saya, sempurnalah sebahagian daripada iman seorang muslim apabila dia berkahwin.

Semasa saya di sekolah menegah, saya memasang azam untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Pada masa itu, saya menjangkakan saya tamat belajar pada usia 21 tahun. Jadi saya mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun untuk merasa hidup bujang, berdikari dan berkerja sebelum berkahwin. Tapi realitinya, saya tamat ijazah sarjana muda pada usia 23 tahun. Sekarang ini saya berharap untuk sambung ke peringkat sarjana. Kalau boleh, biarlah saya berjaya sambung sarjana sebelum kahwin.

Jauh di hati saya, saya ingin sangat untuk berkahwin segera. Kalau boleh dalam tahun ini. Saya cemburu melihat kawan-kawan saya yang bersanding dijinjang pelamin. Tetapi saya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab setelah berkeluarga nanti. Sekarang ini, saya hanya harapkan agar saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Semoga Allah permudahkan usaha yang sedang saya lakukan agar mencapai kejayaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...