Tuesday, October 7

Sesuci Lebaran, Seindah Syawal

1 Syawal
Meneruskan tradisi Aidilfitri keluarga, setelah mandi dan solat subuh kami akan sarapansebelum ke masjid.Sarapan kami adalah juadah hari raya, seperti lemang, rendang ayam,rendang daging, rendang pelampung dan juga kuah kacang. Jiran sebelah rumah menghantarjuadah raya mereka kepada kami semasa sarapan. Tahun ini, kami ke Masjid Sultan Abdul Jaliluntuk solat Aidilfitri. Tok imam, berkali-kali mengingatkan hamba Allah yang belum membayarzakat fitrah untuk menunaikannya sebelum bersolat. Pulang dari masjid, kami bergambar sekeluarga. Kemudian kami bersiap untuk beraya. Tahun ini, kami hanya beraya di rumah Pak long dan Mak nyah.Bilangan rumah untuk kami beraya berkurangan kerana terdapat saudara yang telah meninggaldunia. Tradisi keluarga kami,kami tak akan pergi memziarahi kubur pada hari raya.


2 Syawal
Semuanya seperti biasa pada awalnya. Saudara mara dan rakan handai bapa datang beraya ke rumahkami.Tapi, menghampiri tengah hari, terdapat sebuah keluarga datang beraya dengan tujuanmelihat saya. Mereka ingin mengirakan saya dengan anak mereka. Saya berdebar juga semasakunjungan mereka, kerana ini kali pertama saya menghadapi situasi begini. Sampai hari ini,tiada berita daripada mereka. Jauh menyelami dasar hati, saya ingin mengenali anak mereka,saya ingin membuka lembaran baru dalam hidup saya.


3 Syawal
Rumah kami kosong hari ini. Abang-abang dan kakak saya pulang ke rumah mertua. Saya bercadang untukberaya di rumah kawan-kawan pada hari ini tapi dibatalkan kerana hujan lebat.Sepanjang hari,duduk di rumah dan menggemas pinggan mangkuk. Cuma, pada sebelah petang saya keluar berayake rumah kawan yang paling dekat dengan rumah saya. Sebenarnya saya rasa rugi sangat tinggal di rumah seorang diri pada hari raya.


4 Syawal
Hari ini saya beraya sakan, bersama dua orang rakan, seorang rakan sekelas sekolah rendah dan seorang lagirakan sekelas sekolah menengah/matrikurasi. Kami berkunjung ke enam buah rumah, bermula dari jam 11 pagi hinggalah jam 6 petang. Kali terakhir saya beraya bersama kawan selepas SPM.Tahun seterusnya, saya tiada mood nak beraya, lebih suka istirehat dirumah sebelum pulangke universiti.


5 Syawal
Hari ini Ahad, hari terakhir cuti raya. Saya lebih senang di rumah, menonton tv,bersilih saluran dan rancangan raya. Cuma sebelah malam saya beraya di rumah jiransebelah. Sedari, hingga hari ini, tiada seorang pun pelajar Clifford yang beraya ke rumah saya. Tentunya mereka tak tahu di mana rumah saya.


6 Syawal
Kembali ke sekolah. Sebelum hari raya, saya telah beri kerja rumah pada pelajar kelasKimia. Tapi mereka tak buat. Ulangkaji pun tak buat. Saya bagitahu mereka, tuhan tahu,samada mereka belajar atau tidak. Kalau keputusan periksa teruk jangan salahkan sayasebab mereka yang tak nak berusaha.

1 comment:

WR said...

selamat hari raya cikgu zamrud. saya ada la jugak 3-4 orang pelajar yang datang beraya ke rumah. Tapi yang paling saya terharu ada BEKAS pelajar yang telah lepas SPM masih datang beraya. Masih ingat lagi mereka akan guru mereka ini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...