Sunday, December 29

Tetap bertahan

sebenarnya sedih jugak apabila ramai viewer tapi tak banyak komen

macam blog tu tak meriah, sunyi je

macam tak tercapai je tujuan, syok sendiri je

tapi tetap harus tertahan, sebab itu angan-angan saya

nak memiliki blog yang betul2 bermafaat




Thursday, November 28

Rindukanlah : OST Playboy Itu Suami Aku



Rindulahlah~ Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari Harapan
Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku
Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Sunday, November 10

Tetap Menantimu: OST Love You Mr. Arragont

Lirik Lagu

Tetap Menantimu
oleh Nomad

                     

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku

Setia: OST Love You Mr. Arragont

Lirik Lagu

Setia
by Jikustik




Deras hujan yang turun 
Mengingatkanku pada dirimu 
Aku masih di sini untuk setia 

 Selang waktu berganti 
Aku tak tahu engkau di mana 
Tapi aku mencoba untuk setia 

Sesaat malam datang 
 Menjemput kesendirianku 
Dan bila pagi datang 
Kutahu kau tak disampingku 
Aku masih disini untuk setia

Wednesday, October 9

Tayar Kereta Pancit

Kemarin, saya ke Ipoh menghadiri meeting,
pulang dari meeting, tayar kereta Inspira pancit ditengah-tengah bandar Ipoh.
Tapi saya tak sedar tayar kereta pancit.
Saya drive macam biasa.
Cuma, bila dah banyak sangat kereta hon, baru la saya berhenti di tepi jalan.
Tengok-tengok, tayar belakang dah pancit.
Saya blurr, tak tahu nak buat ape.
Saya teruskan perjalanan, dengan hati yang berdebar seribu.
rase macam nak nangis, mcm nak terbang pulang ke rumah terus.

Dalam berdebar seribu, saya call bapak,
bapak suruh berhenti segera, bahaya.
Kena tukar tayar yang pecah tu segera
tapi saya tak tahu tukar tanya spare,
nak minta tolong sape
nak tukar kat mana.
Saya teruskan memandu, dan singgah di Pejabat SPR, Bangunan Persekutuan,
nasib baik pak gaurd dan staff di situ baik hati,
tolong tukarkan tayar spare.
terima kasih banyak-banyak,

Hari ni, saya bawa kereta Myvi ke sekolah,
Tapi masih lagi takut-takut.
Risau je nak memandu,
sebab risau tayar kereta pecah lagi.
sebelum naik kereta, saya intai empat-empat tayar
make sure, tiada tayar yang pancit.

Kereta Inspira ditidurkan sementara.
Sepatutnya kena bawa workshop,
tukar tayar spare pada tayar baru, atau tampal tayar lama.
Tapi saya takut nak pergi workshop sorang-sorang.
Nak ajak kawan teman, hari ni kami balik lewat.
saya penat, mereka pun penat.
Harap esok dapat la tukar kepada tayar baru.

Tapi saya bersyukur, Allah lindungi saya.
walaupun saya tak sedar tayar pancit,
tapi tiada kemalangan yang berlaku.
dan Allah temukan saya dengan orang yang baik-baik untuk menolong saya.
Alhamdulillah.

Kadang-kadang di saat sukar seperti ini,
saya harap sangat dapat meluahkan perasaan kepada si dia,
tapi di manakah si dia,
harap sangat si dia dapat muncul dalam hidup saya.
saya harap sangat dapat berpasangan seperti orang lain.

Minggu ini, dengan mak dah seminggu di hospital,
tayar kereta pancit, kerja di sekolah yang menggunung,
silibus yang tak habis lagi, murid yang tiada mood untuk SPM,
dan kerisauan nak sampaikan kursus pada pengetua-pengetua,
duduk di rumah seorang diri, saya menanggis.
satu kerja pun jadi.

Ya Allah, jadikan aku hambamu yang tabah.
Ya Allah, mudahkan setiap urusanku.
Ya Allah, temukan aku dengan seorang jodoh yang soleh.
Ya Allah, sembuhkanlah sakit ibuku.
Aminnnn...

Tuesday, August 20

Tauge Mengurangkan Kolesterol Dalam Badan

Taugeh mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Saponi dalam tauge,menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. (boleh la membantu menggurangkan kadar kolesterol)




Sunday, August 18

Resipi Minuman Fiber Buatan Sendiri



Sekarang ni banyak iklan minuman fiber. Fiber ni bagus, membantu perlawasan badan kita. Bila kolon kita bersih, badan akan lebih mudah menyerap nutrien. Ia juga membantu menggurangkan berat badan. Kita pun boleh buat minuman fiber, x payah beli.Caranya mcm ni.


Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.
Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati.
Minum dua kali sehari.
Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.


p/s: dua biji carrot dan sebiji timun, banyak tuu...

Sumber: petua.org

Thursday, August 15

DIET BERDASARKAN JENIS DARAH

DARAH JENIS O
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

DARAH JENIS A
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DARAH JENIS B
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
  • Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
  • Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
  • Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DARAH JENIS AB
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi





Wednesday, August 14

8 Perkara Perlu Dielakkan Selepas Makan

Lepas makan nak buat ape pulak. Tentu nak minum. Saya selalu makan nasi dan teh ais di kantin. Rupanya sanaaaaagat2 tak elok. Makan buah pun tak elok selepas makan, seeloknya sebelum makan kannn, supaya badan dapat menyerap vitamin yang ade pada buah itu.

Berikut, aktiviti yang perlu dielakkan selepas makan, of course, perlu dielakkan untuk kepentingan kesihatan.
1. JANGAN MEROKOK (merokok bile2 pun tak elok!) Penelitian yang dilakukan para ahli mengatakan bahwa merokok satu batang rokok sehabis makan sama saja dengan merokok sepuluh batang rokok dan peluang terkena kanser lebih besar.

2. JANGAN LANGSUNG MAKAN BUAH
Jangan langsung memakan buah setelah makan kerana dapat membuat perut menjadi buncit yang disebabkan terisi oleh udara yang berlebihan. sebaiknya makan buah satu jam sebelum atau sesudah makan.

3. JANGAN MINUM TEH
Jangan minum teh, Karena daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. Zat ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan mengeras sehingga sulit untuk dicerna.

4. JANGAN MELONGGARKAN TALI PINGGANG
Jangan melonggarkan tali pinggang kerana dapat menyebabkan usus terbelit dan tersumbat.

 5. JANGAN MANDI
Mandi yang dilakukan setelah makan akan meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan dalam perut.

 6. JANGAN BERJALAN JAUH
Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dari makanan yang anda makan.

 7. JANGAN LANGSUNG TIDUR
Tidur setelah makan mengakibatkan makanan tidak dapat dicerna dengan baik. Akibatnya, usus akan kenbung dan dapat menyebabkan peradangan usus.

 8. JANGAN MINUM AIR BERAIS
Air sejuk akan membekukan makanan berminyak, terutama makanan berlemak yang dimakan. Lemak akan terbentuk di dalam usus dan akan mengakibatkan penyempitan saluran pencernaan, menyebabkan obesitas. Minumlah air panas setelah makan.

Tuesday, August 13

7 TIPS MENGURUSKAN BADAN

Berikut adalah  7 tips untuk menguruskan badan yang saya ambil daripada web indon http://www.kesehatan123.com serta komen dan refeksi diri saya selama 50 hari ni….Jangan ejek saya ye!

1. Kekuatan Air. Kekuatan Air. Kita semua telah mendengar bahwa kita harus minum delapan sampai sepuluh gelas air sehari. Tapi apakah Anda menyadari bahwa dengan minum segelas air sebelum Anda menyantap makanan dapat mengurangi nafsu makan Anda? Anda akan memiliki waktu yang sulit makan terlalu banyak karena perut Anda sudah penuh air. cara melangsingkan tubuh ini mudah bukan? hanya dengan minum air terlebih dahulu sebelum makan.
My komen: Minum banyak air mmg penting, tapi x boleh minum terlebih dahulu sebelum makan kerana nanti air akan mencairkan enzim, lalu menyebabkan digestion makanan lebih susah dan lama. Minum air 1 jam sebelum makan.

2. Jika anda biasa makan pada malam hari, di situlah masalahnya karena hampir dijamin bahwa apapun yang Anda makan di malam hari akan ditambahkan pada sebagai tambahan berat badan karena Anda tidak akan punya waktu untuk bekerja di luar kalori yang dikonsumsi. Jadi solusi untuk menangkal kelaparan di malam hari adalah minum secangkir teh favorit Anda di sore hari untuk mempertahankan perasaan penuh.
My komen:Yupp jangan makan selepas jam 7 malam. Tapi saya selalu makan malam jam 9 malam, coz saya rasa laparrrr…sbb tu la lambat kurus.

3. Menahan diri pada kebiasaan yang buruk. Ini membuktikan bahwa jika Anda mendapatkan keinginan besar untuk mengatakan pizza atau es krim atau apa pun yang membuat kalori makan Anda bertambah. Salah satu langkah terbaik yang dapat Anda lakukan adalah memberikan diri Anda 15 menit untuk menyangkal sinyal lapar.
My komen: Kita patut control otak dan nafsu makan kita. Cuba pujuk diri untuk tidak makan makanan segera ataupun makan yang manis. Dalam 50 hari ni, saya makan KFC, McD, Pizza Hut, aiskrim, macam2 kek…dan macam2 lagi la. Azam saya x kuat.

4. Makan lebih sering. Dengan makan 5-6 kecil menengah makanan per hari, metabolisme Anda untuk membakar kalori lebih cepat dari yang Anda lakukan dibandingkan makan tiga kali sehari. konsep membakar kalori lebih cepat ini penting untuk melangsingkan tubuh dengan cepat.
My komen: Saya x pasti kerap makan bagus atau tidak. Sebab kalau makan selalu, maksudnya banyak insulin akan dihasilkan. Insulin adalah hormon yang menyebabkan badan jadi gemuk dan mengelakkan hormon pertumbuhan dirembeskan. Hormon pertumbuhan cuma dirembeskan semasa perut kosong, dan horman ini ade banyak manfaat. Sebab tu Islam menggalakkan penganutnya berpuasa pada Isnin dan Khamis.

5. Makan Banyak di Pagi Hari. Dengan demikian, tubuh memiliki keterbatasan waktu untuk memanfaatkan kalori pada pagi hari, karena serapan nutrisi yang dimasukkan lebih banyak di malam hari.
My komen: Saya setuju. Kita makan untuk dapatkan tenaga. Makanan diproses selama 8 jam Jadi kena la makan pada awal pagi. Baru la dapat tenaga untuk sepanjang hari. Saya selalu makan nasi seawal jam 9.00 pagi semasa hari kerja.

6. Berolahraga di Pagi Hari. Dengan berolahraga pagi, sebaiknya sebelum sarapan, Anda dapat mempercepat metabolisme.
My Komen: Yes…tapi x sempat la nak excercise pagi2. kul 7 dah kena pergi keje. Kalau saya sempat skipping 200x pun dah kira bagus.

7. Selalu berolahraga. Sangat penting untuk terlibat dalam beberapa bentuk latihan kekuatan dan latihan gerak tubuh.Hal ini membantu anda yang membakar kalori pada tingkat yang lebih cepat. Yang harus menjadi catatan adalah jangan berolahraga berlebihan. Olahraga bagus sekali sebagai cara melangsingkan tubuh dengan cepat
My Komen: Saya nak sesangat pergi gym or aerobik. Tapi asal sampai rumah je, dah malas nak keluar balik. Tahun ni, saya x pernah lagi gi gym n aerobik…



Vanila Coklat

Drama bersiri ini ditayangkan sekitar bulan April 2012. Best sangat walaupun tak berapa logik. Ceritanya tentang sepasang pelajar kolej yang dipaksa berkawin oleh ibu bapa mereka. Mula-mula bergaduh sakan, lama-lama jatuh cinta. So sweet.


Seronok sangat tengok video ni.
Ade skrip ayat2 laser Zara dan ayat2 romantik Amir.

Wednesday, August 7

Doa Kuruskan Badan

Anyways, masa kita berdiet tuh harus disertakan dengan niat dan doa juga. Nak tahu tak berdiet nih pun ada DOA juga. Doa ini diambil dari amalan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Mudah2an doa ini mujarab dengan izin Allah SWT. AMIN
  • Baca Surah Al Fatihah
  • Baca Surah Al Hasyr Ayat 21 hingga ayat 24
                        image
  • Baca doa ini
image

Ya Allah, kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maka Agung, maka janganlah kau sakiti kepala, dan janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyengukutukan Allah dengan tuhan yang lain
p/s: dipetik dan disunting daripada: http://kongsibersamanora.blogspot.com

Monday, August 5

Carta Indeks Jisim (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah salah satu indikator untuk mengetahui keseimbangan berat badan dan ketinggian. Jika seseorang mempunyai BMI dalam kumpulan normal, maka dia mempunyai berat badan yang ideal.
image



image


Based on the table yang saya copy daripada blog herbalife, kalau saya nk kurangkan 10 kg, masa yang diperlukan adalah 3 minggu dan 3 minggu seterusnya untuk menggekalkan berat badan.

Friday, August 2

Alkins Diet

Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan karbohidrat. Apabila kitea mengurangkan pengambilan karbohidrat,badan akan membakar lemak sebagai tenaga. Jadi, apabila badan membakar lemak sebagai bahan api ataupun tenaga, automatik lemak dalam badan kita akan berkurang

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Monday, July 29

Aura Warna Pada Pakaian

konon-kononnya inilah warna yg paling sesuai dipakai mengikut hari…just for fun, sy teringin nk cube.


ISNIN
PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer

SELASA
PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer

RABU
BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer

KHAMIS
KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer

JUMAAT
HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer

SABTU
MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer

AHAD
HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Sunday, July 28

Ciri Individu Berdasarkan Buah Kegemaran

Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:
1. Jenis limau 
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.
Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.

2. Buah-buahan tropika 
Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.
Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.



3. Jenis Buah Ladang 
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu. Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.


                      image
4. Jenis tembikai (~~~~~nie la buah favourite saye )
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.

5. Buah-buahan jenis beri.
Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.
Kamu gemarkan ‘party’ dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.


6. Jenis Kekacang 
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.
Kamu ni ‘moody’ lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.


7. Buah-buahan jenis labu 
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan Pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan-santun dan memiliki hati yang lembut.

Saturday, July 13

Paku di Hati

hati tu bagai dinding dan cinta tu macam paku. sekali paku diketuk ke dinding, selamanya akan meninggalkan kesan. walau paku dah dicabut, lubangnya masih ada. masih meninggalkan kesan. tampal atau tutup la guna apa pun, lubangnya takkan tertutup. macam cinta yang sekali singgah di hati, akan kekal di situ sampai bila-bila. walaupun orang yang kita cinta dan pernah cintakan kita tu pergi, cinta yang dia ucap dan kita rasa akan kekal ada dalam hati.


jadi apa penyelesaiannya? lepaskan dengan sepenuh hati. kalau sudah benci jangan masih berharap. kalau masih sayang jangan ada benci. jujur pada diri sendiri. ingatlah bahawa seseorang jika hatinya hancur tapi dia redha, Tuhan akan mengasihaninya dengan setiap serpih yang hancur itu. dan jika seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, Tuhan akan gantikan dengan beribu orang yang lebih menyayangi kita. ikhlaslah dalam melepaskan.


 redhalah menerima perpisahan. apa pun, sentiasa berdoa, bersabar dan tersenyum. Tuhan janjikan bahagia untuk semua!






 ^^ via serdehanaindah

Tuesday, June 25

An Empty Inbox, A Quite Day And The Upset Feeling

:( 

:( 

:( 


speechless 


everything not at the correct order 
and i don't know how to fix it 


 i need to be alone


 :( :( :(


:)

Sunday, June 23

Sejuta~~~

Blog pbssainsonline.blogspot dh mencapai 1 juta hits.
dalam masa 8 bulan
(^____^)



Traffic isnin hingga jumaat 7 ribu sehari
Traffic sabtu dan ahad 10 ribu sehari
Traffic cuti sekolah pernah mencapai 23 ribu sehari



Tapi follower masih kurang
follower rakan Google~~ 221 orang,
followew g+ ~~ 8 orang
like page FB ~~ 779 like




Sekarang ni teringin nk ade domain sendiri 
www.farahiyah.com











Sunday, June 9

I lost his number, ergghh!

Yeah, I lost his number before i get to know who is he. May be he is not my jodoh.

Bila la agaknya jodoh itu akan tiba. Hingga jodoh itu tiba, sy akan terus menuggu. Harap penantian ini berbaloi.

Walaupun tiada siapa yang faham akan perasaan ini, saya tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun tak kuat untuk menghadapinya tapi Allah sentiasa ada bersama saya.

InsyaAllah, ada balasan baik untuk orang yang sabar. I really hope he is a nice charming gentleman. The man that I always dream for. My half that completes me.

Saturday, June 8

Tawaran Menjadi Penulis Buku

Semalam saya dapat email daripada wakil Penerbitan Cerdik untuk menjadi penulis untuk buku Sains UPSR, PMR dan SPM. Tahun lepas saya dapat surat tawaran menjadi penulis daripada Penerbitan Pelangi.


Adakah cikgu-cikgu lain pun dapat tawaran sebegini atau saya je yang terpilih untuk mendapat tawaran menulis. Saya teringin nak tahu siapa lagi yang pernah terima tawaran seperti ini. Tapi mak cakap, dulu bapak pun selalu dapat offer menulis, cuma dia tak nak.


Saya nak jua terima tawaran ini. Mungkin rezeki saya akan bertambah banyak tapi mampukah saya bahagikan masa. Tentunya dengan menerima tawaran ini, kesibukan akan melanda. Kurang la lagi masa santai saya.


i need to think seriously....serius la sgt!

Tuesday, May 14

Si Cerdik Pandai

Salah satu tanda  seseorang itu bodoh apabila dia mempunyai ilmu tetapi tidak menggunakannya untuk menilai. Dia rasa dia benar tapi sebenarnya dia tersesat. Kesian kan.


Al kisahnya begini, dalam kelas saya ade seorang bukan pelajar bukan warganegara. Dia lahir di Malaysia tetapi ibu bapanya adalah warganegara Indonesia. Jadi dia tak mendapat kerakyatan Malaysia.


Pelajar ni mendaftar untuk menduduki SPM tetapi mengalami kesulitan sebab dia x pernah bayar yurun persekolahan untuk bukan warganegara


Semasa saya bercerite ttg pelajar ni pada seorang rakan, seorang cerdik pandai ni  menyampuk:

Bangla boleh jadi warganegara, pelajar ni, dh lahir kt Malaysia x bleh dapat pulak

Apesal statement dia macam tu. Kami sedang bincang tentang pendaftaran SPM pelajar tu, tiba2 dia menyampuk macam tu.


Respon saya:

Akak jangan cakap perkara yang akak tak pasti, nanti tak pasal2 dapat dosa fitnah.

Respon terakhir daripada Si cerdik pandai tu (lebih kurang macam ni):

Kalau orang UMNO tak dapat terima saya tak tahulah.


Saya diam. Tak guna nak layan Si cerdik pandai ni. 


Tolonglah hormat orang skit. kalau ko nk sokong parti politik ape pun, tgk2 la tempat. Bukan semua orang suka sembang pasal politik. Dan tak perlu la kaitkan masalah murid dengan politik. Ko rasa ko bijak tapi bijak ke kalau orang berbincang tentang masalah murid ko tiba-tiba kaitkan dengan politik. Semasa kerje, fikir tentang kerja sudah la, apesal nak kaitkan dengan politik.







Tuesday, May 7

Dia dapat, saya tak!

Saya tak dapat tawaran ke matrikulasi, tapi cikgu sekolah saya yg pergi interview bersama saya dapat tawaran jadi lecturer di Matrikurasi Gopeng. May be sbb dia ajar MUET, ade kekosongan lecturer BI.  Cikgu BI kan sentiasa tak cukup...berbeza dengan cikgu2 sains, sudah berlebihan.


Saya tak kisah saya tak dapat tawaran, tapi bila orang asyik bercerite cikgu tu dpt mengajar di matrik, hati saya jadi sebak. Sedih. Saya nak sangat keluar dari sekolah ni.


Saya harap saya nampak kebaikan untuk terus tinggal di sini. Tentunya setiap yang berlaku, ade kebaikan.

Friday, April 12

Saya setuju:-

Orang yang pernah luka, tak mudah untuk fall in love kali yang kedua sebab dia tak nak membenci orang yang pernah dia cintai. Mengelak dari membenci, dia terpaksa terus mencintai, walau dah ditinggalkan berpuluh beratus berjuta batu…dan bertahu tahun lamanya.


Walaupun saya tak suka sendiri, saya masih sendirian sebab saya memilih untuk menyendiri. Saya jauhkan diri setiap kali ada peluang baru. Tapi sampai bila saya akan terus sendiri?

Saturday, March 30

Menjelang Pilihanraya

Sejak akhir-akhir ini saya selalu mendapat SMS daripada unknown number. Masing-masing dengan ayat2 tersendiri, untuk meraih undi. Mendapat SMS begini membuat saya tersenyum lebar. Pertama, saya gembira sbb mereka sedar kepentingan saya sebagai pengundi. Kedua saya seronok membaca ayat2 kempen mereka. Macam2.


Bila agaknya pilihan raya? dulu orang ckp2 pilihan raya semasa cuti sekolah. tapi nampaknya jangkaan mereka salah. saya bersemangat untuk pergi mengundi. Saya nk tahu dan rasa sendiri dakwat kekal pada cap jari.


Tuesday, March 19

Batu Zamrud

Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.

Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi.

Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

 Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.

Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.

Sunday, March 3

pbssainsonline #2

Semakin ramai visitor blog pbssainsonline. rase cm menyeramkan pulak. Takut jugak ape yg ditulis, disalah ertikan oleh org lain. Tapi rasanya post dlm blog tu, x de yg bersifat peribadi, walaupun ade jugak luahan perasaan terselit secara x langsung. Bukannya ape, kalau x de luahan perasaan @ pendapat peribadi, rasenya macam blog tu x de roh.

v3

Total visitor sejak 4 bulan y lalu, 36K. tapi sy x pasti, berapa org murid sy dtg blog ni. Yg saya tahu, ade seorang murid 2C3 jd follower. Setakat ni,  blog pbssainsonline ade 61 org follower.

Sunday, February 17

InsyaAllah, boleh

Saya selalu ingin kursus.
Orang kurus selalu nampak rajin.
dan perempuan memang selalunya nak cantik.
sebab tu naluri semulajadi.


saya nak mulakan semula kalender diet saya.
saya harap berat badan sy akan turun,
kalau tak banyak pun tak ape
sekurang-kurangnya turun sedikit.
dan paling penting saya mencuba.


azam sy nk makan 1500kcal sehari.
cadangnya, untuk dua minggu pertama ni,
saya nk makan ikan je
dan minum air kosong sebanyak mungkin
sbb air kosong boleh memenuhkan perut saya
seterusnya memberi signal kenyang pd otak sy.


InsyaAllah saya boleh lakukannya.
sebelum ni pn sy pernah lakukannya
cuma x konsisten.
kali ni, sy akan bt dengan lebih baik.




Thursday, February 14

pbssainsonline

Sy ade satu lagi blog. Nama domain pbssainsonline. sy masih lg menggunakan blogger sbg host. Harapan sy dlm blog tu sy dapat kongsi maklumat yg berguna untuk cikgu dan pelajar bg mata pelajaran sains dan kimia.

Blog tu, sy bt simple tp secomel mungkin. background-nya pocca dot. Saya suka sgt dgn design blog tu, so sy harap org yg melawat pun suka gn design mcm tu.

sy buat blog tu bln oktober thn 2012. kini blog tu dh masuk bulan ke-4. visitor dh melebihi 12 ribu dan follower dh ade 34 org. cuma comments je yg x byk, 22 sj komen yg sy dpt. but, its okey.

sy x sangka blog sy tu dpt sambutan yg sgt mengalakkan. Bahkan kedudukan dlm google search pun sgt baik. entri dr blog pbssainsonline antara yg teratas bg carian sains ting 1-5, kimia 4,5 dan pbs. Amat2 diluar jangkaan sy. syukur sgt. Alhamdulillah.

jemput la dtg ke blog tu. klik je kt bwh ni.





Saturday, February 9

Tawaran ke Matrikulasi

Jika tiada panggilan ke matrik sehingga hujung bulan 2 ni, maksudnya permohonan saya menjadi pensyarah matrik ditolak. Sia-sia je saya ambik cuti rehat sehari untuk pergi interview tahun lepas. Sia-sia je sy tunggu turn interview dr pagi sampai kul 4.30 ptg...hancur lebur harapan saya.


Mungkin bukan rezeki saya untuk ke sana, tapi sy mmg nak keluar dari sini. 5 tahun saya di sini, saya ingin berubah angin. mencari sesuatu yang baru di tempat lain. Bak kata orang:



 Lain pantai, Lain lautnya.


Friday, February 1

Lepu

saya tak puas hati dengan seseorang.

ada rasa marah dengannya.

dia...

dia...

dia...




dia je yang ade keje yang kena disiapkan,

dia la yang paling sibuk,

dia tu yang tak bersalah



dia Si Lepu....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...