Friday, November 28

PTK Diteruskan

Ramai yang berangan-angan, PTK dibatalkan. Tapi tidak.

Nampaknya, lagi empat tahun, saya pun akan ambil peperiksaan PTK.

Bagi saya, PTK ni bagus, sebab ia merupakan express way untuk pegawai kerajaan yang junior seperti saya ni untuk naik pangkat.

Tapi kesian juga pada senior yang masih tak lulus PTK walaupun telah menggulang beberapa kali.

Dan tak adil bagi PTD, sebab mereka tak perlu ambil PTK.

3 comments:

WR said...

Ada kebaikan dan banyak juga keburukan. Antara keburukan yang saya kenalpasti setelah mengikuti PTK :

1. Seorang guru yang bagus dan mendapat anugerah APC tiba-tiba semasa kursus PTK prestasi beliau tercalar gara-gara tidak mahir bercakap dalam Bahasa Inggeris semsa PUBLIC SPEAKING. Apa yang hendak diukur untuk naik pangkat? Kemampuan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau P&P yang baik? Public Speaking yang hanya 10 minit itu menyebabkan beliau dimalukan kerana pegawai penilai mentertawakan beliau dan rakan-rakan guru peserta kursus turut tergelak mendengar beliau berucap. Padahal di sekolah beliau sangat berkemampuan dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang.
2. Pegawai penilai adalah kalangan guru-guru yang peserta kenali. Yang kenal tu bertuah la. Sebelum kursus dan jumpa pegawai penilai. Siap bertanya skima peperiksaan. Selepas kursus pergi jumpa sekali lagi dan siap warning "Kertas aku punya tu, tanda baik-baik..." Di mana ketelusannya?
Maaf, panjang pula komen saya.. Ini antara kelemahan, mungkin byk lagi.

CikguSepajo said...

Memang sangat sukar memuaskan hati semua orang. Yg penting kita mesti berfikiran positif.

Anonymous said...

Bukannya mudah untuk mendesak supaya PTK dimansuhkan.

Betulkah kalau saya katakan bahawa sebahagian besar guru tidak belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki PTK?

Ramai dalam kalangan guru yang hanya mengadu nasib dan mengharap lulus. Tidak belajar,hanya mengambi PTK.

Sebagai guru,PTK bukan isunya. Mungkin ada kaitan dengan sikap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...