Wednesday, November 28
Cikgu CUlAS
Sy dgr mcm2 crite cikgu Culas drpd cikgu2 yg jd pengawas SPM bersama saya. Mungkin sekolah saya x ade cikgu Culas seperti itu, ataupun saya je yg x perasan...
Saya x faham kenapa sebagai seorang insan yg berakal dan beragama, mereka boleh bersikap Culas. x masuk kelas, x ajar murid2 elok2. Kalau generasi akan datang rosok, mungkinkah kerana cikgu yg x mangajar???
Renungkanlah. Jangan asyik nk keje senang,tp gaji byk wahai cikgu2 Culas....
peace, no war!!!
Tuesday, November 20
Jadual Waktu Tahun 2013
Saya teringin nak merasa mengajar kelas pertama. dah lima tahun saya mengajar, asyik dapat kelas2 belakang je. saya teringin nk pengalaman baru, mengajar budak pandai, yang saya boleh target untuk dapat A.
Tahun 2012, saya dapat dua kelas terbelakang, dan mungkin tahun 2013 nnt saya masih dapat dua kelas terbelakang. Bila dh kelas terbelakang, tau2 je la, mereka ade byk sgt masalah displin. Kalu x kurang ajar dengan cikgu, malas buat keje, sekurang-kurangnya mereka selalu ponteng sekolah. Mengajar mereka, saya x dapat banyangkan y saya boleh bantu mereka semua lulus. Cuma harapkan seorang dua je yang mengubati hati luka.
Opsyen saya kimia, dan saya sangat suka mengajar kimia. tapi setiap tahun saya cuma dapat mengajar satu kelas je. frust jugak. dulu, saya bayangkan bila cukup 5 tahun saya nak jadi guru cemerlang kimia tapi nampak gayanya angan2 saya musnah. saya x cukup waktu mengajar kimia. saya cuma mengajar 4 waktu kimia dan bakinya subjek sains. Kadang2 sy tertanya kenapa KP saya cadangkan saya mengajar 1 je kelas kimia...bagi la dua kelas pada sy Puan KP.
may be tahun depan, sy kena mengajar 26 waktu. (-___-)
Sunday, October 28
Panggilan Matrikulasi
Bile mereka akan maklumkan keputusan temuduga?
Aku harap sangat2 dapat jadi pensyarah matrik.
Best sgt kalau dpt jd pensyarah matrik gopeng.
Monday, June 11
Master Chef Selebriti
Dr. Angkasawan dh x de,
Nenda seniwati pn dh tamat perjuangan ,
Puan penghibur dh berangkat pergi,
Anakanda chef melangkah keluar,
yang kekal pengacara kontroversi,
berteman Bonda pengarah,
bersama rakan taulan yang cantik maniS,
Encik TOMOK jgn berputus ase,
Ade kemahuan, ade kemenagan…
Sunday, June 10
Penghujung Cuti Sekolah
Hari terakhir cuti sekolah. Hari ni macam-macam nak kena buat, terutamanya yang paling penting, tanda kertas peperiksaan, Dua minggu cuti, aku cuma berjaya menanda satu kertas peperiksaan untuk satu kelas sahaja. Bukan tak ade masa nak tanda, tapi tak ade mood untuk tanda.
Esok, hari pertama penggal ke dua persekolahan. Oleh kerana baru habis peperiksaan, minggu ni aku akan memasukkan markah dalam SISPA (jangan la server slooooow), buat headcount dan buat postmortem. Tak dilupakan, untuk buat analisis peperiksaan.
Minggu depan juga kami akan sibuk dengan Saringan separuh akhir dan Saringan akhir Kejohanan Balapan. Aku dan JK buku progam akan menyiapkan Buku program Kejohanan Olahraga secepat mungkin dengan keadaan kelam kabut sebab kami cuma ade sehari je untuk memasukkan senarai pemenang bagi acara sebelum hari sukan. Al maklum, isnin, selasa dan rabu akan diadakan saringan (dengan harapan tak kena tangguh dek hujan) ari sabtu dah hari sukan.
Pegawai2 PPD seramai 15 orang juga akan datang ke sekolah untuk audit pengurusan sekolah dan mencerap guru2 minggu depan. Dengar cerita pegawai PPD akan masuk ke kelas untuk mencerap guru mengajar. Ya Allah, kalaulah aku dicerap, lancarkanlah pertuturan aku dan mudahkanlah aku untuk menjalankan P&P. Kurniakanlah aku P&P yang amat menanrik sehingga mendapat pujian daripada pencerap itu.
Sunday, March 4
Diet Sup Kubis
Diet 7 hari, menu utamanya ialah sup kubis. Saya dh beli bahan2 nak masak sup kubis, rasenya esok boleh cuba masak sup ni dan mulakan diet ni.

Hand phone saya hang….macam mana ni? x boleh nk guna. cal ni x boleh, cal out pn tak boleh.
Monday, February 6
DIET SAYA
| Breakfast | Anlene coklat |
| 1/2 nasi minyak (jiran bg semalam) | |
| 1/2 ayam | |
| Lunch | Sandwich Subway (makan ni Queensbay) |
| Cucur bawang (makan di rumah bapa saudara kawan) | |
| Air Oren | |
| Tea time | Nescafe Latte (air tin) |
| Dinner | 1/4 Nasi Lemak (jiran jugak yg bagi) |
| 1/4 Telur rebus | |
| Sedikit Sambal ikan bilis |
Wednesday, February 1
Monday, January 30
Saya tension…
Semua keje saya tak siap lagi. Tapi sekarang saya tension. satu keje pun x boleh nak buat. Tadi saya makan coklat cadbuary, tido petang dan skarang saya surfing youtube to reduce my pressure.
Awal tahun ni, banyak perkara diluar kawalan saya berlaku. Kakak saya bersalin hujung disember, tinggal sekali dengan saya dirumah mak. New born baby, Fakry kena kuning, masuk hospital 5 hari, bila baby ok, anak sulung dia, Kiss pulak kena food poisoning n demam selama seminggu. after that, kakak saya yg dalam pantang pulak demam teruk…
Last week, pergi KL cadang nk pegi dua hari je, tapi dilajankkan sampai 4 hari, coz abang sulung saya suspek denggi,dan semua anak2 dia demam.
Jumaat lalu pergi lagi KL, kenduri kahwin sedara. Otak teringat keje tapi kena pergi juga kenduri kahwin sedara. Balik KL mlm td, kepenatan tapi paksa diri tgk AJL.
Keje x siap lagi. malam ni saya KENA siapkan semua…
Thursday, January 26
Kalkulator Berat
Saya terjumpa satu tool untuk mengira kuantiti kalori yang diperlukan untuk mencapai berat yang dihendaki di laman sesawang slimmingsolution.
http://www.slimmingsolutions.co.uk/slimmingblog/tools/target-weight-calculator-2/2334/
Berdasarkan tool tersebut, jika saya hendak mencapai berat 48 kg, maka kuantiti kalori yng perlu saya ambil adalah 972 Cal.
- Total calories per day = 972 calories
- Protein = 243 calories / 60gm
- Carbohydrates = 631 calories / 157gm
- Fat = 145 calories / 16gm
Saya pernah terbaca daripada satu laman web, jika pengambilan makan kurang daripada 1000 Cal, ia digelar Crash Diet. Crash Diet tak bagus untuk badan kita. Mungkin boleh cepat kurung tapi kita juga akan kehilangan otot.
Wednesday, January 25
Carta Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah salah satu indikator untuk mengetahui keseimbangan berat badan dan ketinggian. Jika seseorang mempunyai BMI dalam kumpulan normal, maka dia mempunyai berat badan yang ideal.
BMI saya = 30.3
BMI ideal = 21
Berat saya = RAHSIA
Berat ideal = 48 kg
Untuk mendapatkan berat ideal, saya perlu menggurangkan 22 kg, tapi target saya cuma kurangkan 10 kg je. Kalau dh berjaya kurangkan 10 kg, InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan berat ideal 48 kg.
Based on the table yang saya copy daripada blog herbalife, kalau saya nk kurangkan 10 kg, masa yang diperlukan adalah 3 minggu dan 3 minggu seterusnya untuk menggekalkan berat badan.
dIET jEnIS dARAh
DARAH JENIS O
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
DARAH JENIS A
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DARAH JENIS B
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DARAH JENIS AB
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
Air Untuk Diet
Air bukan sekadar untuk menyejukkan badan tetapi air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma dan kadar pembakaran lemak. Kita digalakkan minum 8 gelas air kosong, which is 2L sehari. Tapi, lagi banyak kita minum air, lagi bagus.
Ada beberapa masa yang paling sesuai minum air, coz pada masa ini, ia lebih meningkat metabolisma badan.
- Minum sejurus bangun tidur. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman.
- Minum 30 minit sebelum makan. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
- Minum sebelum mandi. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
- Minum sebelum masuk tidur. Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.
Satu sudu gula=32 kalori, so jangan la minum air berperisa or air gas sebab terdapat gula di dalamnya.
Wednesday, January 18
Gaji 2012
Schedule of salary payment (government's staff, Malaysia) for the year 2012, as below;
-
January → 16th January 2012, Monday .
-
February → 23rd February 2012, Thursday.
-
March → 22nd March 2012, Thursday.
-
April → 25th April 2012, Wednesday.
-
May → 23rd May 2012, Wednesday.
-
June → 25th June 2012, Monday.
-
July → 25th July 2012, Wednesday.
-
August → 13th August 2012, Monday.
-
September → 25th September 2012, Tuesday.
-
October → 22nd October 2012, Monday.
-
November → 06th November 2012, Tuesday.
- December → 18th December 2012, Tuesday.
Monday, January 16
Alkins diet
Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Semasa induction X BOLEH
1.) NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
2.) Roti, roti berserat, roti bun, roti Boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Yang BOLEH makan cume....
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari. Air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal, 4keping rm8..ade bran nak beli? huhu
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
...................................................................................................................................................
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Minggu Pertama Diet
- minum 4liter air mineral sehari
- elakkan makan nasi dan semua jenis carbohidrat
- tidak langsung makan coklat, kek, puding dan semua makanan yang manis
Monday, January 9
2012 hari sembilan
Tapi saye x ade azam baru.
Azam tahun lepas pun tak berjaya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya cuma harap tahun ni lebih baik daripada tahun lepas.
Tahun lepas banyak sangat kenangan yang pahit, masam dan masin.
Tapi ade satu kenangan yang sangat best.
Trip to Turkey is the most wonderful thing happens to me.
Harap tahun 2012 dapat pergi jalan2 lagi.
Kalau honeymoon kan lagi bagus............................... ^_^