Kasut formal bagi lelaki adalah kasut bertali manakala kasut formal bagi perempuan adalah kasut bertutup dengan tumit 1-1.5 inci. Tapi saya lebih suka pakai kasut tanpa tumit ke sekolah. Saya tak suka pakai sandal sebab saya rasa sandal terlampau santai. Tapi pilihan kasut saya agak keremajaan. Kasut berhiasan bunga, berhiasan tali pinggang dan berhiasan riben. Jadi bila saya pakai kasut baru, banyak sangat pelajar yang menegur...sejak Isnin lalu, saya pakai kasut berjaring putih dan berhiasan riben. Setiap kali masuk kelas, mesti ada pelajar yang menegur...walaupun saya buat tak layan tapi saya sedar mereka perasan saya pakai kasut baru. Agaknya, bila cikgu-cikgu lain pakai kasut baru pun, mesti mereka tegur jugak kan....
Bila saya ingat kembali zaman saya sekolah, saya tak pernah pun perhati kasut cikgu saya. Tapi lain pula dengan pelajar saya....hmm.....macam macam lah mereka ni!
No comments:
Post a Comment