Dua minggu lagi akan berlangsung majlis perkahwinan abang saya di rumah Kuala Kangsar. Temanya adalah biru. Mak bapak dan adik beradik serta anak-anak buah dah pun ada baju Melayu dan baju Kurung berwarna biru. Tapi saya masih tercari-cari satu baju buat diri sendiri.
Sebenarnya saya dah pun menempah sepasang kebaya, tapi rasanya macam segan nak pakai. Baju tu ala-ala pakaian orang bertunang. Walaupun sebenarnya sekarang ni memang dah jadi trend orang pakai kain net semasa menghadiri majlis. Saya segan nak pakai sebab nanti semasa kenduri mungkin rakan guru dan pelajar akan datang ke rumah. Nanti mereka sangka saya bertunang pulak.
Jadi tadi pergi la Greentown Mall, untuk cari baju biru, tapi entahlah, semua baju yang saya berkenan, semuanya bukan warna biru. Untuk tak menghampakan diri, saya belilah sepasang baju kurung moden kain sifon bercorak batik dan berwarna merah hati. Harga yang diletakkan RM129 tapi dijual pda harga RM100. Mungkin nak pakai baju ni semasa abang saya bernikah.
No comments:
Post a Comment