Friday, August 22

Persiapan Kenduri Kahwin

Siang tadi, masa digunakan sepenuhnya untuk menggemas rumah. Awal pagi, abang dan saya menyimpan langsir yang telah dibasuh ke dalam almari. Kemudian simpan pula dulang hantaran. Oleh sebab pelamin akan didirikan pada sebelah petang, maka kami menggubah kedudukan perabot agar ada ruang untuk pelamin.

Apabila hampir ke tengah hari, saya berhenti sekejap melihat kartun animasi di TV3. Tak pasti kartun apa, tapi rasaya animasi Barbie. Kemudian saya menemani mak ke pekan untuk membeli barangan runcit. Pulang daripada pekan, kami sekeluarga menyediakan makan tengah hari, dan seterusnya bersantap.

Kira-kira pukul 3.30 petang, orang pelamin datang. Mereka datang menyediakan pentas dan backdrop. Kerusi dan hiasan akan disiapkan esok. Semasa kerja-kerja mendirikan pelamin dilakukan di dalam rumah, di luar rumah sibuk mendirikan khemah makan.

Selepas asar, saya keluar sekali lagi. Membeli barang runcit dan laminate tanda arah ke rumah kami. Setelah pulang dari pekan, pelamin dan khemah telah siap dirikan. Nampaknya persediaan untuk kenduri kahwin abang saya telah 90% siap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...