hati tu bagai dinding dan cinta tu macam paku. sekali paku diketuk ke dinding, selamanya akan meninggalkan kesan. walau paku dah dicabut, lubangnya masih ada. masih meninggalkan kesan. tampal atau tutup la guna apa pun, lubangnya takkan tertutup. macam cinta yang sekali singgah di hati, akan kekal di situ sampai bila-bila. walaupun orang yang kita cinta dan pernah cintakan kita tu pergi, cinta yang dia ucap dan kita rasa akan kekal ada dalam hati.
jadi apa penyelesaiannya? lepaskan dengan sepenuh hati. kalau sudah benci jangan masih berharap. kalau masih sayang jangan ada benci. jujur pada diri sendiri. ingatlah bahawa seseorang jika hatinya hancur tapi dia redha, Tuhan akan mengasihaninya dengan setiap serpih yang hancur itu. dan jika seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, Tuhan akan gantikan dengan beribu orang yang lebih menyayangi kita. ikhlaslah dalam melepaskan.
redhalah menerima perpisahan.
apa pun, sentiasa berdoa, bersabar dan tersenyum. Tuhan janjikan bahagia untuk semua!
^^
via serdehanaindah
No comments:
Post a Comment