Tahu tak, siapa dia Aliff Aziz.
Saya terdengar lagu dia di Perak.fm. Nama lagunya, Sayang-sayang. Kali pertama dengar lagu tu, rasa macam lagu tu sedap sangat. Terberhenti saya buat kerja. Rentak lagunya catchy, liriknya pulak, walaupun tak puitis tapi seronok saya dengar. Lirik lagu tu menceritakan tentang lelaki yang jatuh cinta dengar gadis yang mempunyai pacar. Tapi saya tak dapat tangkap semua liriknya. Kalau boleh nak gak tahu lirik penuh untuk lagu Sayang-sayang ni.
Tentang Aliff Aziz, saya ingatkan Aliff Aziz ni penyayi dari rancangan One In The Million. Rupanya bukan. Setakat yang saya tahu, dia ni berasal daripada Singapura. Hensem jugak orangnya. Dia baru je keluarkan album di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang dia ni, dia ada website: http://www.aliff-aziz.com/
No comments:
Post a Comment