Bahan:
1 cawan cocoa powder
3/4 cawan gula pasir ( ikut rasa )
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)
½ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara:
Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak ke dalam periuk.
Masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
Tutup api, biarkan adunan suam.
Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.
Telur dipukul hingga kembang, kemudian dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan
masukkan tepung.
Gaul sebati kemudian tuang dalam acuan. Jangan sampai penuh sebab nanti adunan
naik (tuang dalam ½ acuan je).
Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan
Komen Zamrud:
Saya memilih resipi ini setelah memperolehinya dari suatu laman web. Tapi saya tak pasti laman webnya. Semasa mencuba resipi ini, saya menggunakan metega cair yang dicairkan mengunakan kaedah double-boiling. Jadi rasa kek kukus ini seperti kek yang dibakar. Jika menggunakan minyak masak, rasanya akan berbeza sedikit. Yang lainnya, saya ikut seperti arahan. Alhamdulillah, kek saya menjadi...rasanya pun sedap. Tapi buat kek kukus ni ambil masa yang lama berbanding kek yang dibakar. Lagipun sebab kek ni dikukus dan ditutup dalam aluminium foil, jadi semasa kek dikukus saya agak risau jika terlebih masak. Maklumlah tak dapat nak intai. Kalau bakar dalam oven bolehlah tengok melalui cermin ketuharkan. Tapi dengan api yang sederhana, 1 jam setengah cukup untuk menggukus kek ini. Tak perlu risau-risau...Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment