Saya tertarik dengan iklan Talasemia yang dimainkan di tv sekarang ini. Sebenarnya, Talasemia juga dikenali sebagai Anemia Cooley. Ia merupakan penyakit yang diwarisi melalui gen autosom resesif. Penyakit ini berpunca daripada masalah hemoglobin yang menyebabkan darah yang berbentuk cengkung bertukar kepada bentuk bulat. Kebanyakkan individu homozigot untuk gen resesif akan menghidap anemia dan biasanya mati semasa kanak-kanak. Individu heterozigot pula, tidak akan mengalami tanda-tanda anemia. Bagaimanapun mereka merupakan pembawa gen talasemia.
Oleh kerana Talasemia merupakan penyakit yang diwarisi, kita seharusnya membuat membuat ujian untuk mengetahui samaada kita merupakan pembawa Talasemia atau tidak. Jika kita merupakan pembawa Talasemia, maka kita harus mengelak untuk berkahwin dengan pembawa Talasemia juga. Hal ini kerana apabila dua orang pembawa Talasemia berkahwin, risiko untuk mendapat anak yang mengidap mengidap penyakit ini adalah 25 peratus, iaitu dalam setiap 4 orang anak, seorang akan yang menghidap Talasemia. Dua daripada empat orang anak pula akan menjadi pembawa.
Seperti yang saya beritahu tadi, kebanyakkan pesakit akan mati semasa kanak-kanak. Bagaimanapun, jika mendapat rawatan awal, kematian mungkin dapat dielakan untuk sementara waktu. Caranya dengan menggantikan darah merah yang rosak itu dengan darah daripada penderma. Pesakit harus menukar darah sekali dalam tempoh tiga bulan. Tapi kaedah ini membawa kesan buruk kepada hati dan organ-organ lain. Akhirnya pesakit akan mengalami kerosakkan hati. Apabila masalah ini berlaku, pesakit tidak lagi dapat menukarkan darahnya kepada darah baru. Dengan itu, hayat pesakit semakin pendek.
Saya mempunyai seorang rakan yang mengidap penyakit ini. Dia merupakan jiran saya pada tahun 1990. Ketika usianya 7 tahun, dia telah mula menjalani rawatan pertukaran darah. Sekiranya dia terlewat menukar darah, perutnya akan buncit, lebih buncit daripada ibu mengandung. Bagaimanapun, setelah darah ditukar, keadaan fizikalnya kembali kepada normal. Pada usianya 21 tahun, hatinya telah disahkan rosak. Dia perlu menjalani pembedahan, tapi saya tak pasti tujuan pembedahan itu. Yang pastinya, risiko kematian semasa pembedahan adalah 100%. Bagaimanapun, pembebahan itu berjaya. Tapi keadaanya selepas pembedahan agak kritikal. Ketika itu, dia sangat kurus, sehingga menampakkan rangka badannya. Makanannya hanya boleh dimasukkan melalui drip sahaja. Sekarang ni, usianya memcecah 23 tahun dan dia kelihatan sudah pulih, tapi sebenarnya nyawanya tidaklah sepanjang individu yang sihat. Tapi ajal dan maut ditangan Tuhan. Mungkin orang sihat akan meninggal dunia disebabkan hal lain.
Bagaimanapun, melihat penderita yang dialami oleh rakan saya tu, saya harap saya bukanlah pembawa Talasemia dan tidak akan berkahwin dengan pembawa Talasemia. Untuk pengetahuan pembawa, 1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Sekian.
1 comment:
wahh, terase mcm ber"kuliah" biologi ler pulak entry ko ni.. hehe.. rindu kat encik farizal! :)
Post a Comment