Kadang- kadang, baca horoskop, ramalan-ramalan tentang tarikh lahir ni seronok jugakkan. Jadi hari ni saya mencari ciri-ciri personaliti saya berdasarkan tarikh lahir.
Sifat-sifat saya berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir:
20 Disember: Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apayang terbaik untuk diri kamu.
Namun kamu jugasuka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain.
Itulah yang menjadi masalahnya!
Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan.
Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan
Sifat-sifat saya berdasarkan nombor lahir. Kita boleh menggira nombor lahir dengan mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.
20. Disember 1984
20+12+1984=2016
2+0+1+6 =9
9 = Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Sifat-sifat mengikut bulan.
Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan,
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi,
Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura,
Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi,
Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.
No comments:
Post a Comment