RUPAnya hari ini 15 Disember. Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Walaupun sambutan Aidiladha tidaklah semeriah Aidilfitri, tapi saya agak teruja tahun ini. Sebabnya…Aidiladha kali ini disambut pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-23.
Macam tak sangka, umur saya 23 tahun. Terasa angka 23 terlalu tua untuk saya. Tapi saya harus terima kenyataan bahawa saya ni semakin dewasa. Terlintas difikiran, kedewasaan adalah suatu ujian yang sukar untuk saya hadapi. Tapi saya perlu hadapinya kerana ‘dewasa’ adalah tiket untuk saya mencuba lebih banyak perkara dan mengumpul lebih banyak pengalaman. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan menggunakan tiket ‘dewasa’. Malah, menggunakan tiket ‘dewasa’ kita masih boleh melakukan perkara yang kanak-kanak lakukan…Betul tak?
Cuma, saya tertanya-tanya, adakah suatu hari nanti, saya akan menyembunyikan usia sebenar saya. Sebab, ada orang kata, perempuan suka sorok umurnya. Tapi setakat ini, saya masih lagi berbangga dengan usia saya. Bagi saya, umur hanyalah angka. Seseorang tidak boleh diukur berdasarkan umur tetapi diukur berasaskan keperibadian dan kejayaan yang diperolehinya. Malah, bagi saya kecantikkan sesorang tidak berkait dengan usia tapi berkait dengan gaya hidup mereka…Setuju tak?
Sebenarnya, tarikh lahir saya sama dengan mantan Perdana Menteri, Dr. Mathadir Mohamed. Kami lahir pada 20 Disember, cuma, tahunnya lain…Saya harap, suatu hari nanti, saya akan berjaya seperti beliau. InsyaAllah.
1 comment:
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa itu.Nanti saya letakkan link blog anda ke blog saya.Umur 23 tahun memang sudah di kira dewasa.Carilah sebanyak mana pengalaman dan kejarlah cita-cita dan impian anda sementara masa masih ada.Jangan di persia dan juga jangan di salah guna.SELAMAT HARI LAHIR yang ke 23 !
Post a Comment