Tahun 2008
Guru Tingkatan 1C2
Subjek yang Diajar
Science Form 1
Maths Form 1
Science Form 4
Chemistry Form 4
Secara rasminya saya menjadi guru pada tanggal 1 November 2007, tapi saya tidak sempat mengajar pada penggal persekolahan 2007. Penggal persekolahan 2008 bakal menjadi gelanggang pertama saya sebagai guru. Perasaan gementar membaluti hati, tapi saya harus percaya diri dan bersedia menjadi seorang guru. Saya harapkan secalit pengalaman semasa Latihan Mengajar di SERATAS dahulu dapat memberikan saya arah untuk saya mengajar pada tahun hadapan. Selebihnya, dengan rasa rendah diri saya mohon tunjuk ajar daripada guru-guru senior. SMK Clifford akan menjadi saksi suka duka sebagai seorang guru.
Esok, pendaftaran pelajaran Tingkatan 1. Sebagai guru kelas tingkatan 1, saya perlu terlibat dengan pendaftaran itu, mendaftarkan murid dan mengutip yuran. Saya tak dapat bayangkan bagaimana pendaftaran itu berlangsung tapi saya harapkan semuanya berjalan dengan lancar. Kali pertama berhadapan dengan murid dan ibu bapa mereka, saya ingin mereka mempunyai tanggapan yang baik terhadapan saya. Berusaha Farah.....
1 comment:
hello...
salam perkenalan to u too!!!
hehehe ooo cikgu ka nie?
sama arr cm cousin pu3...
dia pn baru nk start ngajaq...
apa2 hal pn all the best...
cayooookkk cikgu...
hehehehe
pu3cinderella.blogsome.com
Post a Comment