Friday, June 13

Teknik Belajar

Tak puas dengan keputusan keseluruhan pelajar kelas 1C2, semasa kelas sains tadi, saya tanya cara mereka belajar. Tiada seorang pelajar pun yang berani menjawab soalan saya. Jadi, saya telah memilih beberapa orang pelajar. Hampir semua menjawab mereka akan membuat kerja rumah yang diberi. Ada seorang pelajar yang mengaku belajar mengikut jadual waktu.

Tapi tiada seorang pun yang menggaku mereka membuat persediaan sebelum p&p dalam kelas dan membuat nota dan latihan selepas p&p. Sekadar bergantung kepada kerja rumah yang diberi...(itupun selalu kerja rumah tak siap)

Saya cadangkan kepada pelajar agar membuat persiapan sebelum kelas. Mulai minggu depan juga, saya tidak akan memberi nota kepada mereka. Saya mahu mereka baca dan buat nota sendiri. Saya cuma akan ajar dan membuat latihan dalam kelas sahaja.

Lanjutan daripada mengajar cara belajar, 40 minit saya habis di situ. Tak sempat saya nak mengajar sains. Ini kali pertama saya marah dalam jangka masa yang lama...harap ada penambah baikkan pada minggu hadapan.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tidak tahu, beras boleh menjadi lemang, ketupat, bubur dan sebagainya selain dari menjadi nasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...