Ingat tak, Dr Mathadir pernah kata, Melayu mudah lupa. Pelajar saya yang masih muda tuu pun asyik lupa. Menggalahkan orang tua. Sakit hati saya dibuatnya. Minggu lepas, hari Isnin, saya suruh pelajar kelas kimia saya buat pembetulan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Saya bagi tempoh seminggu untuk siapkan. Hari isnin mesti hantar. Tapi hari ini, seorang pun tak hantar. Alasannya mereka lupa nak buat....patut la semuanya gagal, nak belajar pun malas.
Pelajar sains kelas 1C2 pun sama jugak, saya pesan kepada yang belum siapkan nota, hantar hari isnin, tapi yang hantar cuma 6 daripada 18 orang. Sepatutnya nota tu dihantar Selasa minggu lepas...mesti mereka lupa nak hantar...
Perangai mereka buat saya muak nak masuk kelas. Rasa macam mereka tak bersedia untuk jadi pelajar dan belajar. Tapi itulah amanah yang saya pegang. Kena bentuk mereka menjadi khalifah Allah yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Beratnya amanah ni...
Nasib la saya bukan Melayu tulen. Ada campur darah Mamak dan Cina. Kalau tak, agaknya saya pun terima sumpahan Dr M...saya tak nak jadi pelupa.
No comments:
Post a Comment