Friday, June 20

Hari Bersama Waris

I'm shock! Terpegun dan terkesima saya petang tadi. Kesemua waris/penjaga kelas 1c2 memberi komitmen yang tinggi untuk mengetahui perkembangan anak mereka. 38/38 waris. Ada yang datang bersendirian, ada yang datang bersama keluarga dan ada yang menghantar saudara untuk menandatangani buku kemajuan anak mereka. Majoriti mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak mereka.

Dijadualkan, hari bersama waris selesai pukul 5 petang. tapi, disebabkan bilangan waris dari kelas saya yang datang ramai, saya selesai lambat. Pukul 5.45 baru habis. Waktu saya habis, guru-guru lain dah pun balik. (sedih ditinggalkan seorang diri di dewan hamdan, tapi nasib la ada seorang lagi guru di situ). Agak susah hati juga saya, sebab lepas itu saya kena pergi check bilik mesyuarat (saya penyelaras bilik mesyuarat, bilik tu jadi tempat perjumpaan bersama waris bagi tingkatan 5 dan 6) Pukul 6 baru saya pulung dari sekolah..sangat penat....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...