Sunday, June 29
Fesyen Baju Raya 2008 Terkini
Sepanjang tengah hari hingga ke petang, hujan turun mencurah-curah. Langit tak berhenti berdentum dah kilat tak berhenti memanah. Angin pula memukul kencang sehingga pasu-pasu dikeliling rumah terjatuh. Cuaca sebegini, saya takut untuk nak tonton tv ataupun on lap top. Duduk dalam bilik, tak rasa seperti nak tidur walaupun cuacanya amat bagus untuk melelapkan mata. Nak baca buku, tak ada buku mahupun majalah baru untuk dibaca...jadinya datang la satu idea, melukis...dah lama tak melukis. Dulu masa belajar selalu la melukis tumbuhan dan haiwan untuk subjek2 biologi tapi sekarang dah tak ada sebab nak melukis...
Nak dijadikan cerita, mula-mula tadi saya lukis la bunga-bungaan, tapi lepas tu, timbul pulak keinginan nak mereka fesyen baju kurung/ baju kebaya...lepas melukis teringin pulak nak mewarna. Cari punya cari, jumpa la pencil warna zaman sekolah rendah...ada beberapa batang yang boleh guna lagi. Yang lain matanya dah patah. Selesai melukis dan mewarna...tengoklah hasilnya...rasa macam lukisan budak darjah enam je...tapi ok lah, pencil warna tu pun memang digunakan semasa sekolah rendah dulu........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment