Wednesday, June 11

Johan Pertandingan Dapur Solar

Tadi berlangsung Karvinal Sains dan Teknologi peringkat Kuala Kangsar di SMK Muhibah, Sungai Siput(U). Pasukan Dapur Solar bimbingan saya jadi johan...tak terduga langsung. Kami sangka kami tak menang sebab ada pasukan yang berjaya memanaskan air sehingga suhu 88, 85 dan 75 celcius. Kami hanya berjaya sekatat 71 celcius. Mungkin kami menang dari sudut reka bentuk dan penggunaan bahan kitar semula.

Lepas ni, kami akan bertanding pada perigkat negeri pula. Rasanya, bulan Julai nanti. Di sekolah Teknik Padang Rengas. Harapnya, sebelum bertanding nanti, kami berjaya naikkan suhu sehingga 90 celcius.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...