Thursday, February 28

Berkawad

Semakin hari, semakin kurang kata-kata untuk dicatatkan di sini. Walaupun banyak perkara baru berlangsung setiap hari, tapi semuanya tentang pelajar dan perguruan. Walaupun dah balik rumah, teringat-ingat perkara yang berlaku di sekolah. Sehingga nak tidur pun teringat lagi tentang sekolah.

Minggu ni, semuanya berkisar tentang sukan sekolah. Sukan akan berlangsung pada hari Sabtu ni. Sejak hari Isnin, pelajar sibuk dengan latihan kawad kaki pada sebelah pagi. Hari ini dan semalam, dijalankan raptai. Esok, saya jangkakan, pelajar akan terus berlatih kawad kaki pada sebelah pagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...