Akhirnya, tiba juga masa untuk mengundi. Saya rasa sangat teruja untuk mengundi kali ini. Maklumlah kali pertama. InsyaAllah saya akan mengundi di Sek. Men. Raja Muda Musa, K.Kangsar bagi DUN Manong dan Parlimen Kuala Kangsar. Sebenarnya risau juga tak dapat nak mengundi sebab mendaftar SPR lewat 2007. tapi alhamdulillah, saya dah dapat pun slip pengesahan mengundi.
Pilihan raya, walaupun pada sesetengah orang hanyalah mainan duniawi, tapi bagi saya ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Satu undi sebenarnya dapat menentukan calon wakil rakyat. Jika tersalah memilih wakil rakyat, mungkin akan membawa padah pada masa hadapan. Bagi saya, tiada seorang pun wakil rakyat yang sempurna tapi, kita boleh membina sebuah pasukan yang hampir sempurna. Jadi, saya harapkan seorang wakil rakyat yang dapat menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kesinambungan dengan pilihan raya kali ini, sekolah saya mengajar pun menjadi tempat mengundi. Kelas saya menjadi salah satu daripada empat bilik mengundi. Kami akan mengecat dan menceriakan kelas sempena pilihan raya ini.
No comments:
Post a Comment