Seorang demi seorang teman naik ke jinjang pelamin dan saya semakin bosan dengan pertanyaan tentang kahwin daripada orang sekeliling. Jika boleh, saya pun ingin berkahwin segera. Jika tidak silap saya, sempurnalah sebahagian daripada iman seorang muslim apabila dia berkahwin.
Semasa saya di sekolah menegah, saya memasang azam untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Pada masa itu, saya menjangkakan saya tamat belajar pada usia 21 tahun. Jadi saya mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun untuk merasa hidup bujang, berdikari dan berkerja sebelum berkahwin. Tapi realitinya, saya tamat ijazah sarjana muda pada usia 23 tahun. Sekarang ini saya berharap untuk sambung ke peringkat sarjana. Kalau boleh, biarlah saya berjaya sambung sarjana sebelum kahwin.
Jauh di hati saya, saya ingin sangat untuk berkahwin segera. Kalau boleh dalam tahun ini. Saya cemburu melihat kawan-kawan saya yang bersanding dijinjang pelamin. Tetapi saya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab setelah berkeluarga nanti. Sekarang ini, saya hanya harapkan agar saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Semoga Allah permudahkan usaha yang sedang saya lakukan agar mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment