Monday, February 25

Cabaran Guru Baru

Terima kasih Popular Opinion. Saudara ada cadangan untuk meningkatkan motivasi pelajar tak? Saya rasa, pelajar saya bukanlah lemah sangat, mereka mempunyai potensi untuk menjadi pelajar cemerlang. Tapi sikap mereka sangat malas. Tak nak buat kerja rumah, lupa bawa buku dan tidak fokus semasa dalam kelas. Mereka masih lagi berwatakkan seperti kanak-kanak.

Realiti yang saya dapati sekarang adalah diluar sangkaan saya. Pelajar saya sekarang tidak seperti zaman persekolahan saya. Tidak juga seperti pelajar semasa latihan mengajar. Tapi mereka bukanlah pelajar yang bermasalah. Mereka seperi belakang parang yang belum diasah.
Walaupun saya telah diasak oleh pelbagai teknik mengajar semasa di universiti, untuk mengaplikasinya merupakan cabaran yang sukar.

1 comment:

Anonymous said...

1. Membaca surah Thaha ayat 1-5 kepada ketua tidak formal. Kemudian, membacanya kepada yang lain. Bacaan ini dilakukan secara berterusan.
2. Membaca "Rabbi yassir wala tu'assir ya Kariim" apabila memulakan kelas
3. Membaca ya Lathiif setiap hari kepada ketua tidak formal. Kemudian, membacanya kepada yang lain. Bacaan ini dilakukan secara berterusan.
4. Membaca Fatihah beramai-ramai apabila memulakan kelas yang disedekahkan kepada Rasul saw, para sahabat, para ulama, ibu bapa dan pelajar-pelajar itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...