Jika seorang pelajar berjaya menjadi doktor, peguam, menteri atau ahli akedemik, masyarakat akan mengatakan ini merupakan jasa guru yang berjaya mendidik mereka.
Bagaimana pula jika seorang pelajar yang hanya menjadi penganggur, penjenayah dan penagih dadah. Adakah ini disebabkan kegagalan guru mereka mendidik mereka?
Saya risau akan sekumpulan pelajar kelas tingkatan empat yang sedang saya ajar subjek sains. Mereka sangat biadab. Kali pertama saya masuk ke kelas mereka, mereka kata saya kafir. Sebabnya, mereka cuba ponteng kelas saya dengan memberi alasan hendak ke surau untuk solat zohor. Kali kedua saya masuk kelas mereka, mereka tak mahu belajar, tak mahu menyalin nota ataupun mengambil bahagian dalam P&P. Bahkan mereka tidak menyediakan buku latihan walaupun telah diberitahu untuk berbuat demikian.
Jika pada umur 16 tahun mereka telahpun biadab terhadap guru dan tidak memberikan peluang kepada diri sendiri untuk dibentuk, mungkinkah mereka ini merupakan generasi pelapis untuk penjenayah dan penagih dadah. Saya risaukan nasib mereka ini.
2 comments:
Jadikan solat sebagai agenda terpenting hidup mereka. Beberapa orang di kalangan mereka perlu dapat menjadi imam solat.
Dalam pengajaran perlu diselitkan segala macam khazanah ilmu. Apabila mengajar, kita perlu menggunakan contoh-contoh yang menarik minat mereka. Kita perlu lebih banyak membaca supaya ilmu lebih meluas. Bukan sahaja buku sains tingkatan 4 yang dibaca, tetapi juga buku bisnes, sejarah, komputer, falsafah dan sebagainya. Perbendaharaan kata yang dicedok dari buku-buku itu disalurkan kepada pelajar untuk mengkayakan khazanah ilmu mereka. Perbendaharaan kata sentiasa diiringi ilmu.
tq dengan nasihat awak. i'll try to be better teacher dan better person every day. cuma kadang-kadang rasa down.
Post a Comment