Tuesday, January 15

Sabki Si Kundang

Rumah Sukan Sabki....selamat berusaha jadi juara.

Hari ni latihan pertama rumah sukan Sabki. Latihan bermula jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang. Daripada pemerhatian secara kasar, 20% ahli rumah tak hadir untuk latihan. Yang datang pun, ada segelintir yang tak bawa buku laporan kokurikulum. Mungkin sebab ini tahun pertama penggunaan buku ni.

Sebagai guru pembimbing wanita, tak banyak perkara yang kami lakukan. Sekadar menandatangi buku laporan kokurikulum. Urusan latihan untuk sukan di serahkan kepada guru lelaki dan dibantu oleh pelajar lelaki tingkatan 6. Pelajar perempuan tingkatan 6 pula menyediakan minuman.

kiranya, awal-awal ni tak ada tugasan penting untuk guru pembimbing, cuma bila aktiviti merentas desa dan sukantara barulah sibuk. Sukan sekolah ni pada 1 Mac.

Tentang rumah sabki, ni merupakan rumah warna ungu. rekod tahun sebelum ini menunjukkan yang rumah ni selalu dapat kedudukan tercorot. Kedudukan teratas biasanya rumah Hogan dan rumah Iskandar. Semoga tahun ni, rumah Sabki lebih cermerlang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...