Monday, January 14

Terkanan melampau, bakal berlaku letusan berapi

kalau boleh berhenti kerja,
saya nak berhenti kerja sekarang jugak.
banyak sangat yang saya tak suka.
tapi bapak cakap, jangan fikirkan semua tu.
cuma ingat hujung bulan gaji masuk.

hmm...
pening saya memikirkan pelajar2 saya.
english mereka terlalu lemah.
sebut 11 to 19 pun tak tahu.
vocab pun banyak yg tak tahu.
suruh bawa kamus tak nak, kononnya berat.
macam manalah saya nak jadi cikgu macam ni....
saya tertekan.

1 comment:

Anonymous said...

Yang pertama sekali perlu dijaga ialah solat 5 waktu dengan khusyuk dan melazimkan membaca Al Qur'an 50 hingga 100 ayat sehari.

Di antara kelebihan solat witir ialah meningkatkan integriti. Ia boleh dilakukan minima 1 rakaat selepas solat isyak.

Amalan lain ialah membaca surah Ya'asin dan Al Waqiah selepas solat subuh.

Di samping itu, kita perlu menganggap bahawa di dalam kerja kita mengandungi banyak perkara yang berkait rapat dengan ibadat dari segi niat atau perlaksanaan. Bekerja bukan untuk mengejar gaji. Kalau bekerja untuk mengejar gaji, maka nilai kerja yang dilakukan tidak lebih dari nilai gaji yang diterima. Sangat murah bukan. Bekerjalah untuk mencapai kesempurnaan serta memberi yang terbaik. Kepuasan dicapai walaupun hasil tidak dihargai oleh orang lain.
Unsur-unsur agama perlu dimasukkan dalam pengajaran kerana di hadapan kita adalah masa depan umat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...