Sunday, January 20

Personaliti Seorang Guru.

Saya belajar dua perkara minggu ni, iaitu:
Kepentingan sifat keibuan.
Penegasan melalaui suara.

Pelajar tingkatan satu masih rapat dengan ibu bapa mereka. Jadi, sifat ibuan penting bagi pelajar tingkatan 1. Hal ini kerana, di sekolah cikgu akan menggantikan kedudukan ibu mereka. Jadi, jika kita cuba memberikan perhatian kepada setiap individu, maka mereka akan merasa hubungan mereka dengan cikgu adalah rapat seperti mereka dengan ibu mereka. Kesannya, mereka akan lebih mudah untuk mendengar arahan daripada cikgu. Dengan itu, class control menjadi lebih mudah dan P&P akan berjalan dengan lebih lancar. Saya mulai nampak kesan sifat keibuan terhadap pelajar tingkatan satu yang saya ajar.

Suara pula, adalah aset yang paling penting bagi seorang guru. Tanpa suara, adalah hampir mustahil untuk seorang guru menyampaikan maklumat. Dengan suara juga, guru dapat mengawal kelas dan menunjukkan tegasan arahannya. Walaupun kelihatan seperti seorang guru yang garang apabila mengunakan suara untuk mengawal kelas, tapi ia merupakan cara yang paling senang. Saya sudah mula meninggikan suara sebagai satu medium untuk mengawal kelas daripada bising. Bukan niat untuk memarahi pelajar, tapi saya rasa, adalah perlu untuk membuat pelajar takut kepada guru. Lagipun, biasanya kanak-kanak takut pada bapa dan rapat dengan ibu mereka. Jadi seorang guru adalah 2 in 1. Setuju tak???

Bagi pelajar tingkatan empat pula, selain sifat keibuan dan penegasan melalui suara, mereka menghendaki kita untuk terjun ke dunia remaja mereka. Saya rasa, mereka inginkan penghargaan kendiri yang tinggi.

1 comment:

Anonymous said...

J. Richard Hackman dan Greg R. Oldham mengenalpasti lima faktor yang mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Model ini dikenali sebagai Model Ciri Kerja.

Anda boleh meningkatkan motivasi diri anda sendiri dengan cara-cara berikut:

1. Mempelbagaikan kemahiran

Memperbanyakkan menghadiri latihan dan membaca untuk mempelbagaikan kemahiran. Contohnya, jika anda seorang eksekutif purchasing, anda boleh memahirkan diri anda dengan ISO9001, ISO14001 dan OHSAS18001 supaya dapat melihat kerja daripada dimensi yang berbeza. Anda juga boleh mempelajari tentang tugas orang lain dalam organisasi anda. Ini kerana anda boleh melakukan tugas anda daripada perspektif, kemahiran dan bakat seorang eksekutif operasi atau kualiti misalnya, memberi kesan yang positif kepada tugas anda.

2. Identiti tugas

Melaksanakan sebahagian atau keseluruhan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, anda boleh menawarkan diri anda untuk mengendalikan keseluruhan tugas atau projek jika mampu. Jika tanggungjawab anda hanya meliputi sebahagian daripada tugas, anda boleh memainkan peranan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam tugas atau projek.

3. Signifikan tugas

Mengetahui sejauh mana tugas memberi kesan kepada hidup atau tugas orang lain mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, seorang guru sampai bilapun tidak akan mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja apabila niatnya hanya untuk mendapat gaji atau kenaikan melintang. Hasil kerja yang boleh diberikan tidak lebih dari matlamat yang telah ditetapkan. Apabila matlamat bekerja hanya untuk gaji RM2000 sebulan, nilai kerja tidak lebih dari itu. Mereka yang mempunyai matlamat seperti mencapai redha Allah atau untuk membantu anak-anak bangsa (terutama yang yatim) supaya dapat berdikari serta membantu orang lain pula, mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja yang sangat tinggi.

4. Autonomi

Kebebasan menggunakan budi bicara sendiri dalam merancang jadual tugas peribadi dan menentukan prosedur untuk melaksanakan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Tetapi ini sukar dicapai melainkan seseorang itu dapat mempamerkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas. Kebolehan, kemahiran dan pengetahuan boleh diperbaiki dengan menghadiri latihan dan banyak membaca. Seseorang pekerja itu juga dapat memperbaiki kebolehan dan kemahiran bekerja dengan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa memperbaiki cara kerja.

5. Maklumat balas

Sentiasa dapatkan maklumat balas kepada setiap kerja yang anda lakukan daripada ketua atau rakan sekerja anda. Contohnya, "tolong hubungi saya pada talian 0X-8XXX XXXX sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai hal sekian-sekian."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...