
Ada satu kisah lama, yang ingin saya ceritakan. Kisah ini, terlalu pahit untuk dikenang tapi terlalu bernilai untuk dilupakan. Kisah ini, jika dibaca, jangan diceritakan pada yang lain. Biarlah menjadi rahsia antara kita sahaja.
Dipendekkan kisah, kemarin saya berchatting dengan seseorang yang pernah dekat di hati, setelah lebih setahun tak chatting dengan dia. Dia kata, 8 hingga 13 mac ni dia datang ke Malaysia. Dia ajak saya ke Penang tapi saya takut terluka. Saya memang nak jumpa dia, malah dulu saya sentiasa mendesak dia ke sini. Tapi kalau kami jumpa, apa gunanya. Hubungan kami tetap renggang, tak akan seperti dulu.
Soalnya sekarang, perlukan saya pergi jumpa dia? Jika jumpa, sekurang-kurangnya tercapai harsat saya yang dulu. Terbayar rasa rindu. Jika tidak jumpa, mungkin saya tak akan jumpa dengan dia sampai bila-bila pun. Jadi, macam mana?
Soalnya sekarang, perlukan saya pergi jumpa dia? Jika jumpa, sekurang-kurangnya tercapai harsat saya yang dulu. Terbayar rasa rindu. Jika tidak jumpa, mungkin saya tak akan jumpa dengan dia sampai bila-bila pun. Jadi, macam mana?
3 comments:
Kalau nak pergi ni kena bawa escort , takut nanti terkasima pulak... Yong, tepuk dada tanya iman...
so for, iman saya cakap ok je. insyaAllah tak terkasima. tapi yang masalahnya, weekend ni, saya nak ke kl. 3 hari cuti, rugi sangat kalau stay kat kuale je.
Saya nasihatkan adik Yong tak payah la jumpa... Buka BUKU baru.. lagi pun kan adik Yong kata hubungan tak mungkin seperti dulu lagi.. so buat ape jumpa kan? ia akan membuka cerita pilu lama tu...
Post a Comment