Minggu lepas, semasa kelas kimia, saya bincangkan cara untuk mengumpulan gas yang terhasil daripada tindak balas antara marble chips dan asid hidroklorik menggunakan kaedah water displacement method. Oleh sebab mereka sudah menjalankan eksperimen tindak balas itu, jadi tiada masalah untuk memahami konsep kaedah water displacement method. Tapi ada satu soalan daripada pelajar yang buat saya terpegun sebentar:
Apa water displacement method dalam bahasa melayu?
Hmm…saya tak dapat jawab soalan tu dengan spontan. Dalam hati saya, dah faham caranya, kenapa nak tahu istilah dalam BM, dalam BI cukup la. Beberapa minit kemudian, baru la saya teringat, water displacement method bermaksud kaedah penyesaran air. Bila saya bagitahu kelas, mereka tanya pula:
Penyesaran tu ape? Sesaran tu ape, tak pernah dengar pun???
Susah soalan tu. Saya tak dapat medefinisikan sesaran dengan tepat. Saya bukannya pakar BM. Dan saya tak dapat nak translate sesaran dalam bahasa inggeris. Seingat saya, sesaran merupakan satu istilah sains, belajar dalam subjek fizik, yang membawa maksud pengerakkan (jarak) yang mempunyai arah. Tapi mereka macam tak pernah tahu je. Tapi bukan salah mereka sebab mereka tidak belajar dalam bahasa melayu. Daripada faham konsep water displacement method, mereka jadi keliru sebab perbezaan istilah BM dan BI.
Minggu ini, seorang cikgu perli saya, sebab hantar soalan peperiksaan pada hari selasa minggu peperiksaan. Sebenarnya soalan versi BI dah lama disiapkan tapi saya ambil masa yang lama untuk translate dalam bahasa melayu. Saya adalah produk PPSMI, jadi saya memang tak tahu istilah sains dalam bahasa melayu. Hari ini, semasa ujian Sains, seorang cikgu sains bagitahu saya, saya translate long slightness salah. Dalam BM:
Long slightness adalah rabun dekat, bukannya rabun jauh
Semasa mengajar, saya memang tak pernah guna istilah BM, bagi saya guna istilah BM hanya memeningkan kepala pelajar je. Tapi bila nak buat soalan periksa, baru la saya mencari istilah sains dalam BM. Saya dah bagi ketua panitia semak, tapi dia pun tak perasan saya translate istilah itu salah.
Mesyuarat PPSMI
Hari ini, ada mesyuarat PPSMI. Saya ingatkan mesyuarat itu adalah sambungan daripada komen nazir yang datang pada minggu lepas tapi rupanya bukan. Mesyuarat itu, bagi saya hanyalah untuk menyampaikan maklumat yang diperoleh oleh GKMP semasa mesyuarat PPSMI di Penang. Mereka ingin menyambung semula program Rakan Taulan/ Buddy System untuk memperkasakan BI guru-guru sains yang masih tidak melepasi Band 3 bagi PTP. Tapi satu soalan yang bermain di minda saya, tiada cara lain ke melainkan Buddy system, sebab sistem tu tidak berjaya memperkasakan kualiti BI guru yang terlibat. Kenapa saya cakap tak berjaya? sebab guru yang sama sahaja yang tak melepasi Band 3 bagi tiap-tiap kali PTP.
Mengapa guru sains/math perlu diuji penguasaan BI???
Kerana mereka perlu mengajar dalam bahasa Inggeris. Tapi, adakah bermakna, mereka tak boleh mengajar sains/math dalam BI sekiranya PTP mereka tak melepasi Band 3??? Renungkanlah sendiri. Saya lihat, kebanyakkan guru sains/math memandang PTP sebelah mata sahaja sebab kalau gagal boleh ulang, ujian tak perlu dibayar malah tak menjejaskan elaun.
Kenapa guru sains/math tak boleh melepasi Band 3 PTP???
Masalah ini sama seperti masalah pelajar lemah dalam bahasa Inggeris. Mereka lemah sebab mereka tidak menggunakan bahasa inggeris dengan kerap ataupun tidak menggunakan bahasa inggeris dengan kaedah yang betul. Bagi meningkatkan kekerapan penggunaan bahasa Inggeris, barulah wujud dasar PPSMI.
Adakah PPSMI membantu pelajar?
Saya melihat PPSMI sebagai satu solusi bagi meningkatkan penggunaan BI dalam kehidupan seharian. Bila kerap digunakan, secara automatiknya, kemahiran bercakap, menulis dan membaca bahasa inggeris meningkat. Dengan itu, vocabulary dan grammar pelajar juga bertambah baik. Tapi adakah keputusan ujian BI mereka menunjukkan peningkatan?
Mengapa Sains dan Maths dipilih?
Salah satu sebab mengapa Sains dan Maths dipilih untuk diajar dalam bahasa inggeris adalah kerana kadar penambahan istilah baru lebih tinggi berbanding dengan kadar transilasi istilah dalam bahasa melayu. Malah terdapat kekurangan yang ketara dalam bilangan jurnal/buku sains dan maths dalam bahasa melayu. Tapi bagaimana dengan subjek lain? Semuanya dalam bahasa inggeris, mana ada dalam bahasa melayu. Mungkin selepas ini, subjek seperti geografi, ekonomi, perakuanan dan pengurusan perniagaan juga akan mengikut jejak sains dan maths, sebab subjek-subjek ini didokumentasikan dalam bahasa Inggeris, bukan dalam bahasa melayu.
Wajarkah PPSMI?
Saya adalah produk PPSMI. Semasa sekolah menengah saya belajar dalam BM tapi mulai matrikulasi saya belajar dalam BI. Saya rasakan sendiri kebaikan dan keburukan belajar sains dan math dalam bahasa inggeris. Kebaikan yang paling ketara, ia meningkatkan vocabulary saya tapi keburukkannya, masa untuk memahami sesuatu konsep agak lama kerana saya berfikir dalam bahasa melayu. Saya translate nota dalam BI kepada BM, kemudian baru memahaminya. Bila exam, saya jawab dalam BI. Perkara yang sama juga berlaku pada pelajar saya. Kalau tidak, mengapa mereka ingin tahu istilah water displacement method dalam bahasa melayu. Mereka sebenarnya, cuba memahami konsep dalam bahasa melayu walaupun belajar dalam BI.
Adakah PPSMI perlu dibantah?
Banyak lagi yang ingin saya catitkan tentang PPSMI, tapi setakat ini untuk hari ini. Ada tuntutan lain yang perlu saya lakukan. Target saya, saya nak siapkan menyemak kertas jawapan pelajar sebelum cuti sekolah. Cadangnya, cuti sekolah ini, nak bercuti ke Kelantan. Ada saudara berkahwin di sana. Sebelum ke Kelantan, nak siapkan Solar Oven. Sementara itu, sila luangkan masa untuk ke pautan di bawah. Artikel yang sayu pautkan di bawah ini adalah tentang 17 sebab GMP membantah PPSMI:
http://profabdullah1.wordpress.com/2009/03/08/ampun-tuanku-beribu-ribu-ampun-sembah-patik-semua-mohon-diampun/
1 comment:
Tau takper.. aku pun kekadang rase rengsek sgt dgn PPSMI.. dgn ade nye language barrier, the potential dlm diri student tu (especially kawasan kampung mcm tempat aku ngajar ni) tak leh nak di developkan.. dah lah level english teruk, inikan pulak nak blajar science in english.. dua bende dlm satu subjek.. Science and english.. kalu tanye pendapat aku, aku 100% tak setuju ppsmi ni. serius! aku nak pemimpin turun ke kelas sendiri tgk camane how the P&P going on.. ni kalau based on result exam awam cam UPSR mmg la nampak cam berkesan sebab the gred turun! Gred A UPSR kekadang boleh drop till 60%.. ape kes?. apepun, kite sebagai pendidik, merangkap pelaksana, terima je lah. "We're here to create tidal waves..".
Post a Comment