Thursday, May 22

O00OOopsss...tertampar

Hari ini saya geram sangat kat pelajar 4SK2, dah la saya bagi test pad, suruh mereka salin laporan PEKA, tapi banyak sangat alasan tak munasabah. Mengantuk la, malas la, nak tidur la, nanti buat la, tak ada pen la, tak ada pencil la....(tiap-tiap hari, itulah alasan mereka) Tapi bila marah dengan ayat2 yang laser, semua akur juga akhirnya.

Tapi ada seorang pelajar ni( saya memang tak suka dia, biadab) buat tak tahu je...boleh keluar masuk semasa saya ada dalam kelas. And of course, dia masuk kelas saya lewat setengah jam. Melepak dekat tepi bangunan blok A. Bila ada dalam kelas, dia menganggu pelajar lain menyiapkan PEKA. Saya paksa dia buat PEKA, dia berlakon la sekejap. Then saya sedar je, dia hilang dari kelas saya lagi. Selepas 15 minit, dia muncul kembali. Saya suruh dia buat, tapi dia main-mainkan saya...(pelajar ni memang sangat biadap). Menyampah dengan mulut dia, saya tampar muka dia. Lepas tampar, dia tanya saya, dia tak buat apa pun kenapa nak marah dia......

p/s sebenarnya saya tertekan dengan pelajar2 kelas ni. selalu sangat, kalau saya masuk atau keluar mereka tak bagi salam. kalau suruh salin nota, separuh je yang salin. kalau saya nak explain atau bincang tentang sains, rasa cakap sorang-sorang je. pas tu, keluar masuk kelas saya sesuka hati je. Buka sekolah nanti, pemantau PEKA akan datang lihat laporan PEKA mereka jadi saya risau la, kalau mereka tak buat lagi tentu la saya yang kena marah. Exam mid-term baru ni, semua gagal. markah purata mereka cuma 10%...perlu ke saya mengajar mereka???

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin mereka tidak tahu ada kerja yang menjanjikan gaji asas sekitar RM30,000 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...