Semalam keluar ke Kinta City, tengok Narnia dengan officemates. Kami berjumpa di sekolah dan sampai di Kinta City pukul 3.45pm. Tayangan Narnia start pukul 5.30pm, jadi sementara kami tunggu tanyangan mula, kami singgah minum di McD. Kemudian, kami window shopping sekejap sebelum solat asar. Saya rasa, macam lama sangat nak tunggu pukul 5.30. Selalunya kalau dengan kawan-kawan, masa berlalu dengan begitu pantas, kalau bersembang pun, ada macam-macam cerita, semalam sembang pasal sekolah je...
Saya rindu dengan kawan-kawan sebaya saya. Classmates semasa di RPK, campusmates semasa di matrik, roomates dan coursemates di USM...miss them so much.
p/s: movie Narnia terbaru ni best. Jangan tak tengok. Saya bagi 5 bintang. :P
No comments:
Post a Comment