Daripada pemerhatian saya, rakan sekerja telah mula menggintai kain pasang untuk dibuat baju raya. Saya pula, bukan sekadar menggintai, tapi telah pun membeli sebidang kain untuk baju raya.
Bagi hari raya yang akan datang ni, iaitu pada bulan September 2008, saya menjangkakan trend
akan lebih kepada kain angkasawan. Sebab tu, untuk raya ni, saya beli kain sifon angkasawan. Selain kain angkasawan, kain benang putih pun merupakan fesyen terkini. Kain benang putih ni menggantikan kain benang hitam yang banyak dijual pada raya tahun lepas. Selain itu, kain corak batik akan menjadi pilihan untuk hari raya kali ini.
Bagi hiasan baju, jika pada tahun lepas banyak menggunakan manik dan labuci, bagi raya tahun ini, hiasa pada baju lebih banyak menggunakan deretan batu pertama, seperti batu yang terdapat pada tudung datuk K.
1 comment:
hmm ade tak contoh fesyen baju yg mggunakan kain angkasawan. saya da beli 3 pasang kain angkasawan..tapi nak buat patern yg laing asing2... terima kasih
Post a Comment