Isnin lalu, pelajar tingkatan 6 Rendah telah pun mendaftarkan diri di SMC. Pada mulanya, terdapat ura-ura untuk saya mengajar Chemistry Form 6 sebab guru yang ajar kimia tingkatan 6 sebelum ini telah bertukar sekolah. Tapi disebabkan saya terlalu junior, pihak pengurusan agak keberatan untuk bagi pada saya. Jadi, untuk tahun ni, saya kekal menggajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Sebenarnya, saya teruja bila ada ura-ura untuk bagi saya ajar form 6, sebab:
-saya suka kimia...lebih suka ajar kimia dr sains dan mate
-kelas form 6 lebih kecil bilangan pelajar
-harapnya pelajar tingkatan 6 tidak keanak-anakkan seperti pelajar form 1
-sukatan pelajar form 6 masih segar lagi dalam otak saya. kalau lagi empat tahun baru dapat ajar tingkatan 6, agaknya saya dah lupa kandugan pelajaran tingkatan 6.
1 comment:
Ajak pelajar-pelajar cikgu melayari blog http://malayahistory.blogspot.com/
Mudah-mudahan ada yang menjadi inovatif dan resourceful
Post a Comment