Saturday, November 3

Kini Bergelar Guru

Semalam saya telah melapor diri di sekolah ini bersama seorang lagi GSST baru yang juga berasal dari negeri Perak. Malah, beliau mempunyai option yang sama seperti saya iaitu Kimia/Biologi. Oleh sebab kami ditempatkan pada hujung tahun, kami tidak diberikan sebarang kelas untuk mengajar. Kami hanya perlu mengikuti rancangan orientasi guru baru dan menjadi guru ganti bagi kelas yang ketiadaan guru. Jadi kebanyakkan masa kami hanyalah di bilik guru.

Sepanjang di bilik guru, kami berkenalan dengan guru-guru senior dan mengisi borang-borang yang diperoleh daripada pihak sekolah, JPN dan KPM. Kami perlu menghantar kembali borang yang telah siap diisi seberapa segera untuk diproses. Hanya setelah borang itu dikembalikan, kami akan memperoleh surat tawaran berkhidmat. Kelewatan menerima surat tawaran berkhidmat akan menyebabkan kelewatan pembayaran gaji.

Bersama borang itu, kami perlu melampirkan beberapa dokumen seperti surat akuan sumpah, laporan kesihatan dan sijil-sijil akedemik. Kami juga perlu mempunyai nombor akuan KWSP untuk melengkapkan salah satu borang yang diberikan. Oleh itu, petang tadi, saya bersama dua coursemates USM telah membuat surat akuan sumpah bebas dadah dan surat akuan sumpah bebas jenayah di Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Kemudian kami telah pergi ke Pejabat KWSP untuk mendaftar sebagai pencarum. Kami juga membuat beberapa salinan sijil akedemik untuk dilampiran bersama borang-borang itu.

Saya harap, cepat dapat kembalikan borang-borang itu, cepat dapat surat tawaran berkhimat dan yang pentng sekali, cepat dapat gaji.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...