Tuesday, November 27

Cinta Mawi, Diana Naim dan Suhaimi

Saya terkenang kisah Mawi, Diana Naim dan Suhaimi. Semasa Mawi di Akedemi Fantasia, Mawi telah memaklumkan bahawa dia merupakan tunangan Diana Naim, seorang gadis dari Felda tempat asal Mawi. Bagaimanapun, entah apa silapnya, ketika Mawi sedang masyur, hubungan mereka retak. Pertunangan mereka dibatalkan. Mawi kata, Ina ingin memutuskan pertunangan. Sebaliknya, Ina pula kata, Mawi telah menghantar wakil untuk mematalkan pertunangan mereka.

Setelah putus tunung, Ina kelihatan amat kecewa. Tapi kenyataanya, pintu rezekinya terbuka lebih luas. Alhamdulillah, Ina yang dulunya hanya operator kilang telah menjadi selebriti. Dia bukan saja dapat mengeluarkan album, berlakon dan menggacara, malah rezekinya melimpah sehingga bertemu jodoh Suhaimi. Suhaimi, merupakan artis nasyib, aktif berdakwah dan berkelulusan Syariah (kalau tak silap la). Jika dibandingkan secara luaran, saya akan katakan Suhaimi adalah pilihan yang lebih baik berbanding Mawi, walaupun Mawi lebih segak dan kaya. Kini, nasib Ina lebih bertuah apabila dia disahkan mengandung.

Kisah Ina menyebabkan saya bermunasabah diri. Walaupun Ina telah putus tunang dan dikritik dengan teruk oleh peminat Mawi, dia tetap yakin akan dirinya. Ina sanggup berhadapan dengan media dan yang lebih menakjubkan, dia berjaya memulihkan hatinya yang terluka dalam masa yang singkat.

Sekiranya saya ditempat Ina, mungkin pada masa ini saya masih menangisi perpisahan dengan Mawi. Sejujurnya, saya masih lagi terbawa dengan kenangan lima tahun yang lalu. Ketika itu, saya berkenalkan dengan seorang lelaki. Tapi hubungan kami tak pernah rapat. Saya hanya pernah jumpa dengannya sekali, pada September 2003. Selebihnya, kami hanya bersembang di YM!, itupun sekali sekala. Saya pernah menggaku mencintai dia, tapi berkecil hati kerana dia mencintai wanita lain. Saya terpaksa terima dia hanya sekadar seorang teman walaupun hati saya bergolak meminta lebih daripada itu.

Kemarin, (tapi saya tak begitu pasti), adalah ulang tahun perkahwinan dia yang pertama. Sudah setahun dia berkahwin, tapi saya masih terkenang akan dia. Jauh disudut hati saya, saya amat cemburu dengan isterinya. Tapi saya juga bersyukur, dia bahagia dengan perkahwinan yang didirikan. Saya terima kenyataan, dia bukan jodoh saya. Tapi, hati saya tak sekuat hati Ina. Ina berjaya mengabaikan kenangan bersama Mawi, berjaya mengubati hatinya yang terluka dan berjaya membuka hatinya untuk lelaki lain. Saya pula, walaupun tidak pernah bercinta dengannya, tapi perasaan itu masih ada. Saya juga tak dapat menahan kesedihan setelah mengetahui dia telah berkahwin.

Tapi saya harap, suatu hari nanti, tuah akan menyebelahi saya. Semoga saya dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh. Semoga kita berjaya mengecapi impian yang kita ingin gapai. Semoga dia dan keluarganya dirahmati Allah. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...