Tuesday, November 6

Bertamu di Excelsior

Kemarin, Kelab Guru dan Staf telah menggadakan Jamuan Akhir Tahun 2007 di Hotel Excelsior, Ipoh. Jamuan Hi- Tea ini bermula dari pukul 3 petang dan berahkir kira-kira pukul 6 petang.
Sebenarnya, saya agak keberatan untuk hadir ke jamuan itu, maklumlah, saya belum lagi mengenali semua staf sekolah ini. Tapi untuk mengatakan 'tidak' kepada undangan jamuan itu, saya rasa agak kurang sopan. Saya tak nak dicopkan sebagai junior yang sombong ataupun tak mahu berkerjasama. Jadi, dengan agak berat hati, saya bersetuju untuk menyertai jamuan itu. Oleh sebab saya bukan ahli Kelab Guru dan Staf, saya dikenakan bayaran sebanyak RM25.
Semasa jamuan berlangsung, acara bertukar-tukar hadiah dan cabutan nombor bertuah telah diadakan. Bertuahnya saya kerana nombor saya dipilih sebagai nombor bertuah. Semua yang hadir semasa jamuan itu mengusik saya,
"bertuahnya dia, datang sekolah pun baru sehari dah dapat cabutan bertuah, lepas ini tuah apa pulak yang dia dapat."
Harapnya, tuah saya akan berkekalkan sepanjang saya berada di sekolah ini. Bukan sekadar tertuah semasa cabutan nombor bertuah, tetapi dalam semua aspek, terutamanya sekarang ni saya sangat berharap dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dan dapat mengajar subjek kimia dan biologi untuk tahun hadapan.
Sebelum jamuan berakhir, Pengerusi Kelab Guru dan Staf mengumumkan jawatankuasa kelab untuk tahun depan. Saya difahamkan bahawa jawatankuasa baru dilantik pada setiap tahun. Lantikannya pula berdasarkan undian terbanyak. Pada kebiasaanya, calon jawatankuasa adalah daripada kalangan guru yang baru bertukar ke sekolah ini....mungkin pada tahun hapadan saya akan tercalon untuk Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...