Kursus induksi kami sepatutnya mempunyai 80 org peserta, tapi yang hadir hanya 76 orang pada hari pertama. Jadi untuk melengkapkan kouta, empat orang peserta tambahan diambil.
Dari Kuala Kangsar, terdapat 13 orang peserta. Kami naik bus di SMK Clifford pada pukul 9.45 pagi. Bas ini sebenarnya membawa peserta yg naik di JPN perak, peserta yg naik di SMC dan SK Simpang. Terdapat satu lagi bas yang membawa peserta naik dari JPN perak terus ke jeti kuala perlis.
Kebanyakkan guru di sini semuanya dari UPSI. hanya 2 orang dari UPM dan saya seorang dari USM. Pada awalnya terasa macam alien kerana semua peserta kenal antara satu sama lain sejak di universiti. Tapi dalam kursus ini saya berjumpa kembali dengan 2 orang rakan matrikulasi di KYPM kota bharu dan peserta semasa kursus profesionalisme guru baru di Pulau Pangkor yang dilangsungkan pada tahun lepas.
Dalam kursus ini, terdapat 13 orang peserta lelaki, dan selebihnya adalah peserta perempuan. Kebanyakkan peserta adalah guru yang posting pada 1 nov 2007. hanya seorang sahaja yang senior dari segi tempoh mengajar.
1 comment:
Selama berkursus, semoga berjaya dengan cemerlang.
Post a Comment