Tuesday, May 5

Hadiah Paling Berharga

Pagi tadi, saya bangun tidur lebih awal daripada biasa. Saya sempat menyiapkan jahitan manik pada baju kurung batik saya. Cantiknya!


Sebelum pergi sekolah, abang saya hadiahkan gelang tangan yang dibelinya dari Sabah. Gembiranya!


Pagi tadi, ada perhimpunan rasmi 'tergempar'. Guru bertugas minggu ini tak nak berucap. Katanya dia kena berucap pada perhimpunan rasmi pada hari jumaat nanti. Selaku guru bertugas minggu lepas, saya pun tak nak berucap. Akhirnya, hanya PK KO-k, PK dan Pengetua yang berucap. Leganya!


Hari ini, ada dua orang guru sponsor makan nasi ayam dan kek coklat di bilik guru. Kenyangnya!


Sepanjang hari ini, saya memanjang tersenyum seorang diri. Hari ini adalah hari pertama saya pakai cermin mata, jadi ramai pelajar yang tegur saya. Malunya!


Hari ini, hari paling awal saya balik dari sekolah. Jam 3.15 p.m. Sejak dua minggu yang lalu, setiap hari (kecuali jumaat) saya balik jam 5.00-5.30 p.m. Syoknya!


Petang tadi, saya keluar beli tudung bawal untuk dipasangkan dengan baju batik saya. Tudung dah ada, jahit manik dah siap, hari khamis nanti saya pakai baju baru. Bestnya!


Malam ni, lepas tiga minggu tak update blog, akhirnya dapat juga saya update blog ini...
Hey, i'm back! I start writing again.


Gembiranya saya hari ini. Hari ini adalah hari yang paling 'baik' dalam beberapa hari ini.




Yesterday is a history,
Tomorrow is a mystery,
Today is a gift,
That's why it is called Present


6 comments:

mantan said...

Pagi ini saya dapat baca posting terbaru zamrud. Bestnya!

kembara kelana said...

terkejut jugak...ada link blog saya dalam blog cikgu..terima kasih merentas maya ke blog saya...tentu kawan si alimah ni yer...

~PaMpeRed bY worDs~ said...

Salam Ziarah Cikgu...
Tak lama lagi nak pki baju batik glamer lip lap lip lap ya...
Mst lagu semangat nak mengajar..
Yea...!!

FishyMilky said...

salam kak farah... hiihih... SELAMAT HARI GURU!!!!

byok ker dapat hadiah?

nape da jarang2 update blog... huhuuhuh


bz eyh?

mantan said...

Selamat Hari Guru, esok.
Semoga tetap guru.

orangkampung said...

Selamat Berkursus..

jangan lupa sambutan
"Selamat Hari Guru"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...